Thursday, December 8, 2011

Ombak Rindu


Okay cerita bermula apabila saya dengar ramai sangat memuji filem Ombak Rindu ini dan dari magazine, paper, radio semua sedang memperkatakan tentang filem ini. Lebih teruja lagi apabila 4 hari tayangan bermula sudah mencecah pulangan RM 4 juta. Sudah seminggu filem ini keluar baru aku dapat tonton hari ini.

1st of all aku nak ucap tahniah lah kepada Osman Ali kerana menggandingkan pelakon mantap Malaysia between Maya Karin, Aaron Aziz dan Lisa Surihani.

Aaron Aziz dalam filem ini agak sedikit sama dengan lakonan-lakonannya sebelum ini. Tidak banyak perbezaan. Cuma kali ini dia membawakan watak yang sedikit kejam (bagi saya) kerana membeli wanita sebagai perempuan simpanan. Ok 1st sekali, watak Aaron digambarkan sebagai seorang kaki perempuan, simpan perempuan dan seumpamanya yang boleh dikatakan buruk perangai. Tetapi bila dah berkahwin, dan prasangka Maya sudah mengandung dan memarahinya tanpa usul periksa, terus berubah menjadi suami yang baik. Apakah !? terlalu drastic.

Maya Karin dalam filem ini cantik bertudung. Begitu juga dengan Aaron, lakonan Maya sama seperti lakonan-lakonannya sebelum ini. Tetapi ada sedikit perubahan pada dirinya apabila sering mengawal emosi di dalam filem ini

Lisa Surihani digambarkan sebagai seorang yang glamour dan cantik. Cantik ya, Lisa memang superb dalam cerita ini tetapi dia kurang nampak glamour walaupun kononnya dia seorang pelakon. Pada babak pertama Lisa muncul di dalam filem ini adalah di lapangan terbang dan ramai press membuat liputan. Tetapi nampak hambar dan agak tidak senang untuk ditonton. Wataknya sering menentang Aaron dan itu bagi saya adalah favourite saya. Bhahaha

Dalam filem ini ada beberapa elemen yang menggangu apabila saya menonton pertamanya yang paling ketara adalah jalan ceritanya. Ya cerita ini di adaptasi dari novel, jadi mungkin Osman ali meniru sebijik-sebijik saya pun tak tahu tapi perjalanannya agak slow. Terus terang saya menguap pada 20 minit pertama tayangan ini dijalankan. Tak tahulah mungkin opening Act 1 nya mendatar.

Kedua pula adalah editingnya. Editingnya selalu mengganggu penonton kerana sering fade black pada setiap transition scene by scene dan adanya mati cepat secara tiba-tiba.

Ketiga pula adalah saya kurang menggemari lagu latar file mini dan saya rasa terganggu apabila lagu ini dimainkan pada babakk-babak sedih. Hhahaha

Keempat pula adalah file mini terlalu panjang. Durasinya 2 jam 6 minit. Saya rasa file mini tidak sesuai difilemkan dan ianya lebih baik dijadikan drama siri. Mungkin masa yang tidak cukup lah membuatkan file mini jadi sebegitu. Watak ayah kepada Aaron mungkin lebih besar tetapi dalam file mini hanya wujud dalam beberapa watak sahaja.

Walaupun saya tidak pernah membaca novelnya (yang tidak suka pada novel pon) dapat rasa, banyak scene yang terbuang dan banyak watak yang diabaikan dan mengambil scene yang penting-penting sahaja. Dan itu membuatkan saya rasa tidak puas pada setiap watak.

Pada ibu bapa yang membawa kanak-kanak, rasanya macam terkedu seketika kerana pada pengawalan cerita memang banyak adegan Aaron dan Maya berpelukan dan saya rasa macam 18SX sekejap permulaan cerita itu. Hahahha.

Secara honest saya rasa saya bagi 3/5. Filem ini bagus tetapi masih ada kekurangan yang kita nampak namun boleh diperbaiki. Dan mungkin Ombak Rindu 2 akan menyusl tidak lama lagi mana kita tahu kan !? hahah

2 comments:

grEEnLEaF rEdhEart said...

aku tengok,sikit pun xnngis.gusar jugakaku. kot2 aku ni xberperasaan ke.hahahaha!

Rizuan Dan Apple said...

same lah, waktu aku tengok kan ya, aku ngan amer je lelaki, yang lain perempuan yang dok ikut dok baca novel original die tu lah. hurmmm