Tuesday, April 19, 2011

Malam KaryaONE

Ehsan dari Liza Ramli, - http://www.era.fm/




Pada 14 April yang lalu, bertempat di Dewan Sri Budiman, UiTM Kampus Shah Alam, telah berlangsungnya sebuah lagi majlis yang mengangkat dan menjulang martabat seni perfileman dan juga persembahan teater tanah air. Bukan itu sahaja, sebuah Fakulti yang diberi nama Fakulti Teknologi Kreatif dan Artistik atau lebih dikenali sebagai T.E.K.A atau F.A.C.T ini sedia melahirkan bakat-bakat baru yang serba boleh dan nyata sudah disediakan dengan pakej lengkap seorang anak seni. Dengan membawa tema “One as Art, One as FACT”, Fakulti ini telah membuktikan bahawa pelajar keluaran UiTM nyata memberikan daya saing dan akan memberikan anjakan paradigma di dalam dunia seni tidak lama lagi. Program ini juga turut dibantu dan disokong oleh FINAS.

Minggu KaryaOne yang berlangsung sejak 11 April yang lalu, menandakan penamatnya dengan sebuah majlis apresiasi seni yang memberikan pengiktirafan selayaknya kepada pelajar-pelajar yang terpilih. Malam kemuncak bagi program ilmiah berteraskan seni ini turut sama dihadiri dan dimeriahkan lagi dengan kehadiran 28 orang artis terkemuka tanah air yang turut sama turun padang bagi memberikan sokongan kepada bakal penggiat seni tanah air..

Dekan Fakulti ini, Prof. Madya A. Razak Mohaideen selaku Penaung program ini sebenarnya menggalakkan agar aktiviti seni bersifat ilmiah ini akan diteruskan pada masa yang akan datang dan ini akan dijadikan sebagai satu manifestasi dan juga bukti kemampuan pelajar-pelajar Fakulti TEKA. Selain dari menjadikan Malam KAryaOne sebagai salah satu ruang apresiasi hasil kerja pelajar yang layak diberikan pengiktirafan. Turut hadir bersama adalah penaung kehormat program ini iaitu, Naib Canselor UiTM sendiri, Y. Bhg Dato’ Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar yang mengumumkan peruntukan yang secukupnya bagi membantu aktiviti seni Fakulti yang dahulunya lebih dikenali dengan nama Fakulti Seni Persembahan.



Majlis ini diadakan dengan tujuan untuk memberikan pendedahan dan juga serta ilmu pengetahuan mengenai pengalaman sebenar di dalam pengendalian dan juga pengurusan sesebuah organisasi di dalam industri. Maka, dengan penuh etika dan kualiti, program ini dikendalikan secara 100 % oleh pelajar-pelajar dengan khidmat bimbingan dan bantuan pensyarah-pensyarah yang terlibat.

Antara nama-nama penggiat seni yang terkemuka yang hadir sama-sama memberikan sokongan dan galakan pada malam kemuncak tersebut adalah, Dato’ M. Na sir, Dato’ Ramli MS, Erra Fazira, Norman KRU, Datuk Freddie Fernandez, Rosyam Nor, Seniwati Mariani, Seniwati Dato’ Rosnani Jamil, Norish Karman, Datin Marlia Musa, Khabir Bhatia, Nas Ahmad, Zizan Nin, Iqram Dinzly, Maimon Talib, Mak Jah, Azizah Mahzan, Delimawati, One Nation Emcees, pelakon-pelakon filem Ratu, dan ramai lagi. Kehadiran insan-insan seni ke majlis yang julung kalinya diadakan ini amat memberikan sokongan moral kepada anak-anak muda yang akan menceburkan diri ke dalam bidang seni kelak.








Dengan tema elegan dan ekspresi generasi muda, malam penganugerahan telah menyaksikan beberapa jiwa dengan ‘ekspresi seni dan kreatif’ ini diberikan pengiktirafan oleh pihak Fakulti. Selain itu juga, program yang dibuka kepada orang ramai ini juga sebena rnya bertujuan untuk berkongsi maklumat mengenai idea, aktiviti, promosi dan perkembangan seni kreatif dan artistik yang terkini. Pelbagai aktiviti ilmiah seperti bengkel, seminar, dialog dan persembahan telah disediakan oleh Fakulti Teknologi Kreatif dan Artistik bagi membuktikan dan memperlihatkan komitmen tegar Fakulti ini terhadap penyebaran maklumat mengenai dunia seni ke mata masyarakat umum tanpa mengundang tanggapan yang negatif.

Kejayaan anak-anak muda ini turut disokong dan dikagumi oleh orang kuat Karyawan sendiri, Datuk Freddie Fernandez di dalam temubualnya ada memberi tahu bahawa, masa depan industri akan lebih cerah jika adanya pelapis bakat besar. Satu petanda yang baik dan kita akan melihat lebih banyak penerbitan dan pementasan yang akan mewarnai industri kita tidak lama lagi. Saya ucapkan tahniah kepada pelajar-pelajar Fakulti ini.”

Dekan Fakulti ini, Prof. Madya A. Razak Mohaideen memberitahu bahawa “tujuan program ini adalah untuk membawa Fakulti ini selangkah ke hadapan dan juga untuk persediaan ke dunia nyata. Untuk memberikan ruang kepercayaan tentang kekuatan, bakat dan kemampuan pelajar-pelajar seni ini sebenarnya sukar untuk dilakukan. Tetapi sebaga i salah satu fakulti seni yang terbesar dan mempunyai jumlah pelajar paling ramai di Malaysia, kita mampu menjadikan pelajar-pelajar ini sebagai karyawan yang terunggul dan terulung yang akan mewarnai industri pada masa akan datang.”



Iqram Dinzly, merupakan antara bukti kelahiran bakat dari Fakulti ini turut berkesempatan menyampaikan nasihatnya kepada pelajar-pelajar yang akan menempuh dunia seni kelak. “Jangan jadi artis, jadilah anak seni! Kerana bila anda ingin jadi artis, anda akan mengejar populariti. Biar populariti yang mengejar anda untuk terus bertahan di dalam industri ini. Anda perlu cukup bersedia dan untuk menjadi anak seni yang berjaya, dalam hidup kita perlu sedar diri, sedar ruang dan sedar masa.”


Sebuah lagi majlis seni yang akan menaikkan martabat industri seni tanah air tidak kiralah bidang penerbitan, pementasan, dan sebagainya. Kekurangan yang ada mungkin terletak pada bahgaian pengurusan majlis yang kurang teratur dan juga masalah teknikal yang boleh diatasi pada masa hadapan. Satu inisiatif seni yang boleh diba nggakan dan harus disokong oleh karyawan di Malaysia. Tahniah!







Friday, April 8, 2011

Minggu KaryaONE



Sidang Media pelancaran Minggu KaryaONe telah pun berlangsung pada
7 April 2011
2.30-4.30 petang
Dewan Pancha Delima, Bangunan Akademik Kampus Puncak Perdana UiTM

untuk memberi hebahan tentang program KaryaONE



Minggu KaryaONE
11-14 April 2011
8.30 pagi - 11.00 malam
Dewan Sri Budiman & Annexe UiTM Shah Alam

Minggu KaryaONE julung-julung kali dianjurkan bagi mempersembahkan manifestasi seni Fakulti Teknologi Kreatif dan Artistik dan menyediakan ruang apresiasi kepada karya seni dan kreatif pelajar-pelajar fakulti. Pelbagai aktiviti ilmiah seperti bengkel, seminar, dialog dan persembahan akan disediakan bagi memperlihatkan komitmen Fakulti Teknologi Kreatif dan Artistik dalam penglibatan akademik dan melebarkan informasi mengenai persada seni dan teknologi kreatif kepada pelajar-pelajar universiti dan umum. Pada Malam KaryaONE yang berkonsepkan elegan dan ekspresi generasi muda, penganugerahan akan diberikan kepada pelajar-pelajar menerusi kategori-kategori karya seni dan kreatif yang dicalonkan. Malam KaryaONE juga akan dihadiri oleh tetamu-tetamu jemputan VIP, barisan artis dan selebriti tanahair bagi memeriahkan lagi acara.

Antara artis ternama Malaysia yang akan menyertai dan bersama-sama di dalam Malam KaryaONE ini adalah seperti

Tan Sri Jins Shamsudin
Datin Rosnani Jamil
Dato' M.Nasir
Datin Marlia Musa
Badarudin Hj. Azmi
Rosyam Noor
Rosnah Johari
Kabir Bhatia
Murali Abdullah
Khir Rahman
Dato' Jalaludin Hassan
Nur Fazura
Fasha Sandha
One Nation Emcees
Pelakon RATU

Minggu KaryaONE adalah sebuah acara dan festival yang amat bersesuaian dan diperlukan oleh pelajar-pelajar jurusan teknologi kreatif dan artistik dalam menyampaikan ‘ekspresi seni dan kreatif’ dan berkongsi maklumat mengenai idea, aktiviti, promosi dan perkembangan seni kreatif dan artistik yang terkini. Acara ini juga dianggap penting dan sesuai dalam memperkenalkan penggiat-penggiat seni tanahair kepada pelajar-pelajar universiti selain menaikkan imej fakulti sendiri di bawah naungan dekan baru,
Prof. Madya Abdul Razak Hj. Mohaideen.



banyak aktiviti dijalankan sepanjang 4 hari karnival ini berjalan dan jangan lupa datang beramai-ramai untuk menyaksikan Bengkel Pengarahan kali ke IV bersama
Khir Rahman (dari pengarah ...Dalam Botol)
13 April 2011
2.00-6.00 petang
Dewan Annexe UiTM Shah Alam

dan
Moderator: Hassan Muthalib
bersama
Raja Azmi (penerbit ...Dalam Botol)
bersama 2 pelakon utama filem itu
Wan Raja & Arja Lee


Pas masuk Minggu KaryaONE berharga RM10 untuk 4 hari ini boleh didapati di kaunter di depan Dewan Sri Budiman pada hari kejadian atau boleh menghubungi di talian
Fatima Abd Razak: +60126949064
Azuan Haris: +60173023108