Tuesday, March 8, 2011

Tayangan Premium Hikayat Merong Mahawangsa

"Sampai masa tibanya waktu
Redup hati kaum berdua
Bila dua jasad bersatu
Hidup mati jadi bersama"
(Hikayat Merong Mahawangsa, 2011)

Tadi aku dapat tiket percuma untuk menyaksikan tayangan premium filem Hikayat Merong Mahawangsa di Cineleisure. Dah lama sebenarnya nak tengok cerita ni, ada pulak rezeki hari ni. Kiteorang sampai agak lambat dan risau kalau cerita dah start, tapi sampai-sampai je, tengok semua masih berkerumun di luar. Semua tengok Umie Nazira (sangat cantik) di interview oleh press. Khir Rahman pun ada jugak tadi. Owh btw, aku ternapak Sharifah Amani depan mata dengan Beto Khusyairi. Aku punye gugup tak boleh cakap bla jumpa sh. amani. (malu) lallaaaaa.

Hikayat Merong Mahawangsa adalah sebuah filem epik yang penuh aksi dengan watak-watak mitos yang sarat penggunaan kesan khas visual (CGI) dan set, busana dan “props” kurun ke 2. Cerita ini mengisahkan seorang nakhoda dan pahlawan yang bernama Merong Mahawangsa yang dikatakan berasal dari keturunan Iskandar Zulkarnain.

Opening sequence tidak menghampakan. Biasa lah kalau cerita macam ni mesti dimulakan dengan mukadimah pembukaan cerita yang berhubungkait dengan sinopsis cerita ini kan. Tapi ianya tidak membosankan macam cerita lain. Filem ini tidaklah sama seperti Puteri gunung Ledang atau Lang Buana kerana filem ini ada kekuatan tersendiri dari semua aspek
.
Stephen Rahman i think nampak macam 'hero melayu' la. maybe sebab die gelap kan sikt kulit die kot. tapi die benar-benar nampak seperti seorang hero yang tabah, kuat dan cekal. Bahasa melayu da pun ok la, not that bad la kan.. Ouh dan pantun yang diucapkan pun tak lah kelakar sangat. hahah.. Tapi secara keseluruhan Stephen ada aura sendiri di dalam certa ini. bila die keluar saja untuk kemunculan pertamanya dalam cerita ini, aku dapat rasakan ada something yang penonton kene duduk diam WITHOUT pergi ke mana-mana.


Ummi nazeera (cantik ouh) rasa sesuai dengan watak tu sebab die nak muka pure melayu. so ummi ade la ciri-ciri tu. Aku rasa de jujur bawak watak tu dengan baik dan sampai kepada penonton. walaupun 'jarang' keluar tetapi impak yang dberikan membuat penonton tertunggu-tunggu kemunculannya lagi. Cuma aku confuse watak heroin cerita ini adakah Umie atau pun Jing Lu (permaisuri cina) sebab kebanyakannya watak permaisuri cina ini yang banyak keluar dan terdapat konflik yang menggerakkan jalan cerita ini.

Perjalanan cerita ini sendiri agak panjang tetapi ianya tidaklah begitu membosankan kerana effect CGI dan scorr music yang banyak membantu. CGI kalau kita lihat dalam cerita ini sangat 'real' dan kita pun boleh tertipu dengan visual yang diberikan. Sangat kagum !! tetapi ada satu babak pada pengakhiran cerita ada sedikit ketidak selesaan memandang kerana ada beberapa visual nampak seperti ditampal. But overall CGI sangat superb.

Begitu juga dengan scorr music nya, kita sedia maklum, filem melayu jarang ada music scorr tersendiri, kadang-kadang meminjam lagu orang lain dan mengambil mana-mana music yang sudah direcord. tetapi filem ini music nya ala-ala hollywood la, mungkin filem ni bergenre sebegini, so music kene gempak la kan. Tapi memang gempak sampai naik bulu roma. heheh.. setiap emosi disusuli dengan music mengikut mood dan situasi.


Kalau nak cakap pasal art, aku rasa dah okay la, boleh tahan la sebab die pakai CGI, so akan nampak ia lebih dari apa yang dibuat. Tapi honestly aku rasa tidak puas sebab set yang dibina kurang memuaskan bagi aku (selera penonton). Aku tak kata ianya tidak hebat, cuma pada pandangan aku ianya masih tidak mencukupi dan ada ruang kekosongan di antara set-set tersebut.

Hikayat Merong Mahawangsa menampilkan Stephen Rahman Hudges (Malaysia/UK), Jing Lu, Gavin Stenhouse, Hendrik Norman, Dato Rahim Razali, Wan Hanafi Su, Ummi Nazeera, Khir Rahman, Craig Fong dan Jehan Miskin.

Ouh dan saya tidak kisah jika ada yang mengatakan filem ini tidak ada nilai value la, nilai estetik la, tersimpang dari cerita sal la, for me, WHO CARES !! Yusry dah buat yang terbaik untuk meningkatkan pembaharuan dalam industri perfileman Malaysia. Kalau yang belum menonton lagi, sila ke panggung, jangan membuat spekulasi sebelum menonton. Kita perlu support filem buatan Malaysia kerana kalau bukan kita, siapa lagi? ada ke Mat Salleh nak banggakan filem kita? TIDAK !!

Aku sendiri tak faham, kenapa orang melayu, selalu sangan condem cerita sendiri. padahal kau pun lahir kat Malasia ni. Aku selalu perhatikan kalau filem hollywood tu, xde plak kau nak cerite pasal nilai value, estetik, storyline semua, yang keluar dari mulut mereka 'CGI bagus la', pelakon hebat la, kalau orang malaysia buat sikit, pung pang pung pang kau nak tembak semua aspek !!
Aku tetap sokong industri perfileman malaysia and for me, HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA adalah one of the best pembikinan filem Malaysia yang dihasilkan

Dari 5 bintang aku boleh bagi 4 1/2 kerana berjaya membuat penonton terpukau dengan HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA ini.

Thanks to Hana, Diana, Amir dan Liza =)



10 comments:

Hana Bt Abdul Samat said...

cerita ni mmg best :)

Hana Bt Abdul Samat said...

cerita ni sgt best ok sgt enjoy :)

Rizuan Dan Apple said...

yes, everyone should watch it kalau nak tahu siapa merong, embok dan KESUM lalaaaaaa

reez said...

best giler eh apple
kena tgk ni
ko dpt tiket free ke premier tu

Rizuan Dan Apple said...

reez, ya dpt tiket free la..
bdk2 kelas aku semua nk tgk kames ni.. gi la ngan dorg

SN Aieen said...

best ke pak?

nak tgk tapi cam cam cam....

xtau lah nak kata cam ne...


wei...sila tgk blog aku..akku ada letak link kau kat situ..

http://aienzohellow.blogspot.com/2011/03/dedikasi-khas-birthday-version.html

Rizuan Dan Apple said...

siti, best lahhh
u should watch it !!

My link? bout what? ok, i will read it.

SN Aieen said...

ok2..nanti free2 aku g tgk k..

hehe...

thanks pak for the info!

Rizuan Dan Apple said...

no problemo la.. hahha so bile nak tgk? aku 2 kali da tgk

Siti Nurul Ain said...

kau xper la pak..
byk cinema sekeliling..
den nie duk ulu2..
jauh lak tu...study jela kojo den ni ha..haha..;)

eh pak..
den tagged kau tau..free2 buat la ok..

http://belog-sn-aieen.blogspot.com/2011/03/kempen-kongsi-idea-permainan-dulu-dulu.html