Tuesday, November 29, 2011

Antara Garisan The Series


Antara Garisan the Series
mini series terbaru dari Radius One, dari arahan pengarah terhebat
Shahrulezad Mohameddin
Bahri Umararif Bajuri
Ungku Ismail Aziz
akan datang hanya di Astro Ria !!

Friday, November 25, 2011

MBO Space U8 TTDI & Breaking Dawn


Semalam MBO space U8 sudah dibuka dan aku bersama teman-teman tidak melepaskan peluang untuk pergi buat pertama kalinya kerana MBO merasmikan 'rumah'nya semalam. Ianya ok lah. agak besar dan nampak mega. sekarang lagi dekat untuk menonton wayang lah.


Space U8 terletak di TTDI Jaya Shah Alam. Dekat. Paling dekat !! hahah. Semalam aku, Mira, Amir, Kecik dan Farah ke sana sebab nak menonton Breaking Dawn dan terserempak pulak dengan Reez dan Rizal. so macam best lah jugak semalam.

(Reez, Mira, Me, Amyer, Kecik and Farah)

Breaking Dawn

ok, aku bukan pengikut setia Twilight Saga ni, dan aku rasa menonton semalam memang tengok kali pertama lah walaupun sequel die dah banyak ditayangkan. Banyak ke? haha. Aku pun tak pasti apa yang aku tonton semalam sebab dalam panggung tu semalam dengar jugak diaorang mengiang-ngiang tengok Bella dengan Edward kahwin i mean like bila dorang tengok dari season 1, dorang akan ikut lah kan cerita tu. aku duduk je diam dan tengok je lah !! hahah

ok dalam 20 minit pertama aku rasa macam sangat boring. bermula dengan orang sekeliling mereka mendapat kad jemputan kahwin dari Edward dan Bella. Then berkonti dengan upacara perkahwinan mereka. Tapi set mega ya. !! Art mesti 'sakit' buat set garden wedding nya itu. hahah. Then berkonti pulak dengan honeymoon dorang. So benda-benda ni nampak sangat boring sebab jalan cerita dia mendatar. But pada mereka yang ikut cerita ni memang rasa tak akan bosan lah sebab nak tengok Edward dan Bella berdua selalu. Tapi bagi aku ianya sangat bosan.

Then pada pertengahan cerita agak menarik sedikit bila Bella mengandungkan anak Edward dan mengalami masalah semasa mengandung. Tapi kan, aku rasa filem ni memang bosan. Jalan cerita ringan sangat. Sangat sangat sangat. Kalau cerita ini bukan Twilight dan pelakonnya bukan Kristen Stewart, Robert Pattinson, dan Taylor Lautner, filem ni biasa je. tak de pengikut pun.

Well so far aku bagi 3/5 lah mungkin sebab ianya terlalu mengambil masa yang lama untuk aku suka Twilight Saga ni.

Wednesday, November 23, 2011

Artis Kahwin Free Di Muzium

Menerusi ruangan Artis Tak Top (ATT) dalam Tabloid Berita Bukan Semasa, tergempar apabila BEN HAKIM dan MAYA SUHAIZA yang tidak sebulu itu akhirnya memutuskan untuk berkahwin???

ni lah dia keratan dari ruangan Artis Tak Top tu

Percaya atau tidak tapi itulah kenyataannya !!

Yang Paling Penting !!! semua itu sudah ditaja dengan harga 12 JUTA. diulangi 12 JUTA ya sehinggakan dikatakan ianya sebagai WEDDING OF THE YEAR !!! (tangandibahumatakeatas)

Tidak dilupakan, pakaian pengantin mereka juga dikatakan akan diletakkan di muzium untuk dipamerkan oleh semua orang selepas mereka bersanding di sana.


Artis Suam-Suam Kuku Disaman 2 Juta : Dia Fikirlah Sendiri

Arits suam-suam kuku yang baru nak up dikatakan mengkritik filemnya sendiri. Ramai yang tertanya-tanya apakah keputusan yang dilakukan oleh pelakon suam suam kuku Airil Nabil yang setahun jagung menjadi seorang bintang di layar perak.

Menerusi akhbar tempatan Macam Artis Tu Meletop Sangat (MATMS) keluaran Selasa lalu menggemparkan seluruh rakyat Malaysia dengan langkahnya.

  • Apakah yang sudah berlaku kepada FILEMNYA?
  • Apakah tindakan yang dilakukan oleh PENGARAHNYA Eirma Baba?
  • Apakah filem PENERBITNYA Dr Razmay akan menarik balik paymentnya?
  • dan adakah PENONTON akan meminatinya lagi?

DIA FIKIR LAH SENDIRI !!!

Tuesday, November 22, 2011

Honour Stage Theatre


TEATER MATA RINGGIT Adaptasi dari Wisran Hadi (Nyonya)
ARAHAN : Nurul Ain Othman

Noor Atiqah Zulkepli sebagai MONA
Muhamand Aznujaimie Mustafa HELMI
Mohd Hairul Anuar Misran sebagai ISKANDAR

Cerita ini mengisahkan tentang Iskandar cuba mendekati Mona yang cantik dengan pelbagai muslihat, antaranya membeli satu meter persegi perkarangan rumah Mona, seterusnya membeli marmar dan yang paling dasyat apabila Iskandar mahu membeli tempat tidur Mona. Setelah mengetahui suami Mona sakit dan terlantar di hospital akibat kanser lidah, Iskandar mempunyai muslihat terakhir dengan mengatakan lutut Mona akan berdarah sekiranya Mona berdiri dan terus mengajak Mona duduk dan berbaring bersama di atas katilnya.

Dalam masa yang sama, Mona juga dibelenggu oleh tiga cucu saudaranya yang menuntut wang dan harta pusaka suami Mona. Mona menafikan wang dan harta pusakan itu ada padanya dan ketiga-tiga cucu saudaranya tidak percaya dan mengugut akan membunuh Mona Apakah kesudahan Iskandar, adakah Iskandar berjaya menundukan Mona? Apakah Mona berjaya menumpaskan cucu saudaranya yang mahu menuntut wang dan harta pusaka suaminya?

JADUAL PEMENTASAN
09 Disember 2011 : 8.30 malam
10 Disember 2011 : 3 petang
11 Disember 2011 : 3 petang & 8.30 malam

TEMPAT
Pusat Perlancongan Malaysia (MaTiC), Jalan Ampang

TIKET RM 10

TEMPAHAN TIKET
Nadia: 012 623 4461
Adila: 017 748 5084
Gigie: 013 340 9335





TEATER HATI ASID Adaptasi dari Beth Henley (Crimes Of the Heart)
ARAHAN : Muhammad Shukri Tahir

Nabila Fatiha
Rafeah
Norazah Nordin

Cerita ini mengisahkan tentang tiga beradik yatim piatu iaitu Sara, Maria dan Sofea. Disebabkan ayah yang telah mengilangkan diri, dan ibunya membunuh diri semasa mereka kecil, mereka terpaksa tinggal bersama Tok Cik, atuk saudara mereka yang merupakan satu-satunya keluarga terdekat. Segala rintangan dan kesusahan yang dihadapi mereka selama bertahun-tahun telah berjaya diharungi oleh adik beradik ini, termasuklah juga apabila Tok Cik telah jatuh sakit. Walaubagaimanapun, masalah seterusnya yang melanda bakal memberi cabaran paling genting sekali buat mereka beradik. Sofea, adik bongsu telah dituduh dalam cubaan membunuh suaminya. Alasannya....hanya kerana tidak suka melihat muka suaminya.

Menyedari adik bongsunya itu masih selindung disebalik alasan tidak munasabah itu, Sara dan Maria tetap mengambil keputusan untuk membantu adik kesayangan mereka menyelesaikan kes tersebut walau apa jua sekali pun. Dalam pada itu juga, Sara dan Maria juga tidak terlepas daripada menghadapi isu peribadi mereka tersendiri yang juga terselit. Konflik yang bakal terjadi dan terdedah merupakan perkara-perkara yang mereka harus hadapi dan selesaikan sekiranya mereka mahu meneruskan kehidupan. Dapatkah Sara dan Maria berdepan dengan masalah mereka yang kian menghantui mereka sehingga sekarang? Dan betulkah alasan Sofea cuba membunuh suaminya itu hanya kerana tidak tahan melihat muka suaminya itu?

JADUAL PEMENTASAN
09 Disember 2011 : 8.30 malam
10 Disember 2011 : 3 petang
11 Disember 2011 : 3 petang & 8.30 malam

TEMPAT
Dewan Kuliah 500 Puncak Alam

TIKET RM 8

TEMPAHAN TIKET
Aliff : 0179326273




TEATER AYAM JANTAN AYAM BETINA (Karya Bidin subadi)
ARAHAN : Azim Sharim

Amir Zahari (Amir) sebagai Rahim
Siti Fairuz Razali (Baby) sebagai Midah
Syahrifah Noorfaiza (Syery) sebagai Kesum

Mengisahkan tentang pergolakan keluarga Rahin dan keluarga Dollah akibat perbuatan anak Rahim, Kadir yang mencium anak perempuan Dollah sehingga memaksa mereka menuntut ganti rugi di atas perbuatannya

JADUAL PEMENTASAN
16 Disember 2011 : 8.30 malam
17 Disember 2011 : 3 petang & 8.30 malam
18 Disember 2011 : 8.30 malam

TEMPAT
Bilik Kuliah 500 UiTM Puncak alam

TIKET RM 10

TEMPAHAN TIKET
Noorli (oLy) - 019-3674843
Siti Zaleha - 017-2809015



Sunday, November 20, 2011

Young Filmmaker Forum [YFF]

video
(credit to

Remy Remisterio (Muhamad Rahimi)

for this video)

Institut Kesenian dan Kajian Media Malaysia (SEMESTA) dengan kerjasama FINAS akan menganjurkan FORUM KARYAWAN FILEM MUDA atau YOUNG FILMMAKERS FORUM pada 20 Oktober 2011 yang lalu bertempat di Studio Sound Stage Finas, Kompleks Studio Merdeka Hulu Klang.


(Sofea Jane turut turun padang bagi memeriahkan Young Filammaker kali ini)

Forum ini telah menemukan seramai 500 karyawan filem muda yang terlibat dengan penerbitan filem cereka, program TV, filem pendek, animasi, pembikinan filem Indie dan kandungan media baru. Pelajar IPTA / IPTS yang mengambil bidang perfileman, komunikasi dan media baru juga diundang untuk mengambil bahagian dalam forum sehari ini.

(Dr Mahadi J. Murad pengerusi bagi Young Filmmaker ini)

Tujuan forum ini diadakan ialah bagi membincangkan perkara berkaitan dengan kerjaya, peluang, dan peranan yang boleh dimainkan generasi karyawan filem muda dalam mengisi keperluan industri dan negara untuk jangka waktu pendek dan panjang.



(Antara panel yang hadir)

Wakil pelbagai agensi yang berkaitan dengan pembangunan industri filem, penyiaran dan kandungan kreatif seperti Finas, Perbadanan Pembangunan Multimedia (Mdec), Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti), Bank Simpanan Nasional (BSN) (yang mengendalikan dana industri kreatif), Astro, TV3 dan RTM; persatuan-persatuan perfileman serta beberapa orang karyawan filem muda turut hadir



(Ini adalah kami, Young Filmmaker alaf baru, pelapis filmmaker kini)

Monday, November 14, 2011

Viva La Diva

Hallllooo OMG lamanya tak update blog. Busy katenye !! hahah. BTW saje nak share pengalaman shooting under subject hari tu. Final Projek lah kiranya.


VIVA LA DIVA


(Bukan Poster asal)


Tajuk nak VVV je kannn. Hahha. Cite ni mengisahkan Ben, Lisa, Maya dan Airil, 4 pelakon muda baru nak ‘up’ tetapi berkelakuan seperti demand atau lebih sesuai jika kita katakana DIVA lah kot. Short film ini bergenre kan parody. Idea dan konsep ni sebenarnya datang dari lecturer kiteorang, Prof Hatta Azad Khan memilih rantaian Penonton, Pelakon, Pengarah dan Penerbit Filem Merayu. Tetapi kiteorang pandai-pandai ubah tajuk ke Viva La Diva. Kalau prof tak suka kiteorang ubah balik kepada Pelakon filem Merayu ye prof. hhehe.


Well, cerita ini ditulis oleh saya. Cerita ini ringan sahaja. Parody beberapa pelakon di Malaysia. Tapi tidaklah memburukkan mereka Cuma ubah menjadi komedi. Kitaorang start shoot 28 Oktober hingga 5 November 2011. Fun sangat fun!!!


Pelakon yang kita pilih semua dari rakan-rakan sendiri yang actually boleh berlakon. Kita ada Ben Ali, Aina Atiqah, Zhue Arabi dan Khairul Anuar dan beberapa pelakon tambahan seperti Farah Adibah, Akashah Azri dan penampilan istimewa dari Julia Ziegler.


(Gambar ni fofular di FB haha)


Shooting telahpun habis and now masa untuk proses editing. Harap-harap semuanya berjalan lancer. Filem pendek ini dimiliki oleh

Penerbit : Nabilah Baduhisam

Pengarah : Siti Hajar

Skrip. Pen Pengarah : Rizuan Mat Nor

Production Design : Farhana Azwanee

Production Manager : Firdaus Ibnil


Dan terima kasih kepada mereka yang membantu. Kredit kepada:

Abang Radhi, Wan, Shafiq, Daus, Amir, Khalid, Kecik, Aizat Azam (omg so many namesss) hehhe

Thank you sooo much!!