Saturday, October 8, 2011

FORUM KARYAWAN FILEM MUDA

''

Institut Kesenian dan Kajian Media Malaysia (SEMESTA) dengan kerjasama FINAS akan menganjurkan FORUM KARYAWAN FILEM MUDA atau YOUNG FILMMAKERS FORUM pada 20 Oktober 2011 bertempat di Studio Sound Stage Finas, Kompleks Studio Merdeka Hulu Klang.

Forum ini dijangka akan menemukan seramai 500 karyawan filem muda yang terlibat dengan penerbitan filem cereka, program TV, filem pendek, animasi, pembikinan filem Indie dan kandungan media baru. Pelajar IPTA / IPTS yang mengambil bidang perfileman, komunikasi dan media baru juga diundang untuk mengambil bahagian dalam forum sehari ini.

Tujuan forum ini diadakan ialah bagi membincangkan perkara berkaitan dengan kerjaya, peluang, dan peranan yang boleh dimainkan generasi karyawan filem muda dalam mengisi keperluan industri dan negara untuk jangka waktu pendek dan panjang.

Wakil pelbagai agensi yang berkaitan dengan pembangunan industri filem, penyiaran dan kandungan kreatif seperti Finas, Perbadanan Pembangunan Multimedia (Mdec), Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti), Bank Simpanan Nasional (BSN) (yang mengendalikan dana industri kreatif), Astro, TV3 dan RTM; persatuan-persatuan perfileman serta beberapa orang karyawan filem muda akan turut hadir.

Kepada yang berminat sila mendaftar terus dengan menghubungi seketeriat forum ditalian 03-4131 2572, atau talian hotline: 019-3436. 232 atau email di yff@isemesta.com

PENYERTAAN ADALAH PERCUMA!

No comments: