Friday, October 7, 2011

Potensi & Kekuatan Production Design Memoirs Of A Geisha

Potensi Dan Kekuatan Production Design Memoirs Of A Geisha

Art Director atau pengarah seni adalah seorang yang bertanggungjawab bagi memenuhi semua pakaian, rambut, props, wardrobe dan semua keperluan yang diperlukan untuk memenuhi ruang di dalama visual sesuatu filem. Menurut April Fitzsimmons, “the second in command of the art department (and often the head of the art department on smaller budget pictures), the art director does most of the hands-on designing of the sets. The art director works hand-in-hand with the production designer and the director”. (1997). Di dalam pengarahan seni ini ada beberapa bahagian yang dipecahkan bagi membentuk satu pasukan di bawah pengarah seni. Antaranya adalah set decorator, set dresser, art department, props master, hairstylist, make-up dan pereka kostum bagi membentuk sebuah production designer. Production Designer peka terhadap pembangunan idea-idea melalui proses yang mengarah ke arah sebuah produk baru. Penilaian idea dan konsep seorang Production Designer, membuat mereka peka terhadap sesuatu produk dalam pendekatan yang lebih sistematik. Kekuatan dan potensi Production Design dapat ditemui di dalam filem Memoirs Of A Geisha ini kerana filem ini mempunyai semua elemen seni yang sangat kuat dan mempunyai cirri-ciri tersendiri.

Geisha ialah penghibur wanita tradisional di Jepun. Menurut Lesley Downer, “Geisha, Geiko or Geigi are traditional, female Japanese entertainers whose skills include performing various Japanese arts such as classical music and dance”. (2000). Geisha belajar banyak bentuk seni dalam hidup mereka, tidak hanya untuk menghibur pelanggan tetapi juga untuk kehidupan mereka. Oleh itu, kostum, make-up, set lokasi, props semua kelihatan seperti berada di zaman Geisha, dan kembali ke zaman sebelum dan selepas zaman perang dunia ke dua.

Memoirs Of A Geisha, (2005) arahan Rob Marshall telah di adaptasi dari sebuah novel yang meggunakan nama yang sama ‘Memoirs Of A Geisha’ yang dihasilkan oleh Steven Spielberg’s Amblin Entertainment, dan Douglas Wick Wagon’s Red Productions. Filem ini telah diarahkan oleh Rob Marshall. Filem ini dibintangi oleh Zhang Ziyi, Ken Watanabe, Gong Li, Michelle Yeoh, Youki Kudoh, dan Suzuka Ohgo. Filem ini difahamkan telah pun menjalani penggambaran di utara dan selatan California dan di beberapa lokasi di Kyoto, termasuk kuil Kiyomizu dan kuil Fushimi Inari

.

Geisha adalah lambang wanita yang seksi di Asia. Dalam sesebuah filem yang menelan belanja besar, kostum yang digunakan juga dibuat khas untuk filem ini bagi menampakkan keadaan zaman di dalam cerita itu berlaku. Di dalam Memoirs of A Geisha ini, kostumnya dapat dikatakan sebagai jubah yang cantik atau Kimono yang dililit sarung di badan. Pada pakaian Kimono ini, mereka akan mengikat obi kimono yang lebar di bahagian pinggang dan diikat di belakang dengan ‘bow’.

Pemilihan jenis Kimono yang tepat memerlukan pengetahuan mengenai simbolisme dan isyarat terselubung yang terkandung dalam setiap jenis kimono dan itu telah difahami oleh pereka kostum filem ini, Colleen Atwood. Kimono wanita ditentukan oleh pola tenunan dan warna, mulai dari kimono paling formal hingga kimono santai. Ciri khas furisode adalah bahagian lengan yang sangat lebar dan menjuntai ke bawah. Kostum lain yang digunakan adalah tentera dari Amerika dan juga kostum lelaki pada zaman dahulu. Jika dilihat watak utama lelaki di dalam filem ini mengenakan pakaian satu sut lengkap berkot dan bertopi melambangkan peredaran zaman sedang bermula pada di mana sebelum dan selepas perang dunia ke dua.

Geisha Jepun biasanya memakai rambut terkumpul tinggi di atas kepala. Gaya rambut tradisional Geisha telah berubah selama berkurun-kurun. The Momoware atau Ofuku merupakan sebahagian dari gaya rambut Geisha yang merupakan gaya rambut Geisha tradisional. Rambut diikat penuh dan bersanggul serta diserikan dengan bunga di bahagian hadapan sanggul. Gaya ini menyerupai gaya rambut Geisha yang sebenar. Gaya rambut ini yang dihiasi dengan sisir rambut yang rumit. Sisir rambut besar dan mencolok, umumnya lebih banyak hiasan untuk wanita kelas yang lebih tinggi. Rambut Geisha dipanggil Shimada, sanggul tinggi biasanya dikenakan oleh muda, terikat dengan suatu sepotong kain krep kapas berwarna hanya dikenakan oleh maiko.

Geisha perlu melalui kitaran fasa yang berbeza dan penampilan iaitu dari segi make-up. Paling jelas mereka mengenakan make-up tebal untuk kelihatan seorang Geisha manakala make-up yang halus adalah bagi seorang Geisha yang sudah berumur. Make-up artis dalam filem ini telah membuat kajian terlebih dahulu sebelum membuat make-up pada pelakon. Make-up tradisional Geisha dibuat dari tepung beras yang tidak sesuai untuk kulit seorang Geisha. Dengan teknologi masa kini, make-up Geisha hanya digunakan dengan make-up yang dibuat khas dari Jepun untuk kelihatan seperti seorang Geisha yang sebenar. Geisha juga mengenakan lipstick tebal merah menyala, sedikit lukisan dekoratif merah dan juga warna hitam di sekitar kawasan mata. Make-up diteruskan ke leher, dada, muka dan tengkuk Geisha. Pada tengkuk mereka akan mempunyai dua baris ‘V’. Leher dan dada juga diwarnakan putih yang akan kelihatan menjadi seperti sebuah topeng. Make-up seorang Geisha jika dilakukan dengan betul, dapat mencipta keindahan dan eksotik padanya.

Latar, set dan ruang di bandar yang dipaparkan di dalam cerita ini dipaparkan dengan pelbagai keunikan budaya orang Jepun. Set lokasi dan set build up penggambaran di dalam filem ini dibuat khas untuk kelihatan seperti zaman dahulu kala. Jika dilihat, setiap babak di dalam filem ini adalah menggunakan props dan set yang dibuat sendiri. Contohnya seperti rumah-rumah di mana Sayuri, Mahema dan Chiyo tinggal, itu adalah rumah yang di reka sendiri oleh Production Design filem ini, oleh John Myher dan dibantu oleh pengarah seni filem ini, Patrick M. Sullivan Jr dan Gretchen Rau sebagai Set Decoration. Setiap perincian rumah dibina mengikut kesesuaian cerita yang berlatar belakangkan zaman dahulu dan rumah jepun zaman dahulu. Ada juga set yang dibina pada musim perang dunia ke dua dengan adanya jet-jet perang, pakaian penjajah orang Amerika ke tanah Jepun, set itu semua dibuat sendiri. Props yang digunakan di dalam rumah juga kelihatan sentuhan barang-barang unik dan klasik. Latar dan set yang cuba ditunjukkan di dalam filem ini agak panas dan terlalu kompleks kerana adanya elemen politik, percintaan dan cemburu. Visual itu dikesan dengan adanya bantuan cahaya yang kemereh-merahan pada bandar di filem ini.

Secara konklusinya, Memoirs Of A Geisha ini memaparkan beberapa aspek yang penting dalam menilai keadaan di bandar yang cuba digarap di dalam filem ini. Potensi dan kekuatan sebuah Production Design di dalam filem Memoirs Of A Geisha ini adalah berdasarkan kerja-kerja seninya termasuk pengarahan seni, set, props, kostum, make-up dan sebagainya kerana elemen-elemen inilah yang membantu menguatkan cerita yang berlatar belakangkan zaman perang dunia ke dua ini. Filem ini telahpun memenangi Pengarahan Seni dan Pereka Kostum terbaik menerusi Anugerah Oscar ke 77.


No comments: