Thursday, December 22, 2011

Ayam Jantan Ayam Betina by Azim Sharim

Pementasan Teater Ayam Jantan Ayam Betina

18 Disember 2011

DK500 UiTM Puncak Alam

Pengarah : Azim Sharim

Pelakon : Amir Zahari / Sofea Razali Baby / Syarifah Noorfariza

Mengisahkan keluarga Rahim didatangi oleh Dollah yang menuntut ganti rugi
sebanyak RM5000 kerana anak perempuannya telah dicium oleh anak lelaki rahim.
tindakan dollah itu telah menyebabkan midah, isteri kepada rahim marah dan tidak mahu membayar ganti rugi tersebut kerana pada waktu anak lelakinya melakukan perbuatan itu, dollah tidak berada di tempat kejadian. Maka tercetuslah konflik di antara keluarga Rahim dan dollah.

Pertama kali nak aku ucap congragts kepada Azim sharim kerana berjaya mengarah teater Ayam Jantan Ayam Betina ini. Secara keseluruhannya aku suka dengan teater ini kerana ceritanya ringkas dan padat namun sarat dengan elemen lakonan yang mantap. Lakon layar yang diberi agak baik dan kesemua pelakon bermain dengan wataknya secara tersendiri. Bukan mudah untuk memberikan teater yang berunsurkan komedi yang mencuit hati. Dia kelihatan sudah plan setiap kedudukan pelakon, gerak-geri pelakon dan semuanya sudah ditetapkan. Usaha itu harus dipuji kerana jika dibandingkan dengan 2 lagi teater, kekemasan itu berpihak kepada teater ini. Bukan mudah untuk mengawal kesemua pelakon di dalam pentas. Dia juga telah mengolah teater ini dengan kehadiran pelakon-pelakon yang hebat di mana setiap pelakon memiliki watak yang penting dan watak pembantunya juga bukan sekadar PEMBANTU, malah ‘memberi’ sama seperti pelakon utama. Tiada istilah watak tidak penting dalam cerita ini.

Rahim dimainkan oleh Amir Zahari. Apa yang perlu aku katakan, dia memang pandai berlakon. Aku memang biasa menonton lakonannya di kelas mahupun di kampus dan memang terbukti lakonannya memang menjadi. Apatah lagi bergenre kan komedi, memang makanan dia lah. Tapi aku sedikit ralat kerana Amir tidak membawakan watak yang lebih berat atau keluar dari kotak kerana orang memang sudah mengenaalinya dengan perangainya sebegitu, jadi apabila memainkan watak komedi, memang menjadi dan ada juga yang ingin menonton teater ini bukan kerana watak Dollah itu sendiri, namun Amir itu sendiri yang orang nantikan. Jadi jika dia memainkan watak yang lebih berat yang tidak pernah dilakonkan, mungkin akan menjadi buah mulut orang pada masa akan datang. Dia nampak sesuai dengan watak Rahim ini kerana watak itu adalah watak tua, jadi mukanya memang nampak sedikit berumur dan pilihan itu adalah tepat. (Pujian atau ape tu? Haha). Dari segi lakonan aku tak perlu bantahlah sebab dia memang boleh berlakon. Cuma apa yang merimaskan mata adalah dari lakonan dia itu, dia tidak memperbaharui gaya lakonannya kerana setiap gerak geri yang dibawakan adalah sama semasa dia di zaman diploma lagi. Walaubagaimanapun, pujian harus dipuji kepadanya kerana dia Berjaya membuat orang tidak kering gusi apabila menonton.

Baby memainkan watak isteri kepada Rahim. Menerusi persembahannya, dia boleh dikatakan sebagai pelawak juga kerana ada beberapa gerak tubuh yang dilenggokkan Berjaya membawakkan wataknya sebagai komedi. Keserasiannya bersama Amir tidak boleh disangkal kerana mereka memang SECOCOK bila digandingkan. Tidak ada masalah gabungan antara Amir dan Baby kerana mereka berdua kelihatan berebut-rebut untuk memujuk penonton untuk tergelak ketawa bersama mereka. Kadang-kadang aku tergelak sendiri dengan lakonan yang disembahkan olehnya kerana aku tidak pernah menyangka dia boleh membawakan watak seorang ibu yang mempunyai dua orang anak dengan keluarga yang kalut. Dengan kewujudan isteri Rahim ini sekaligus telah menggamatkan lagi keluarga Rahim yang memangnya sudah gamat dan aku juga terfikir baby memang sesuai watak mak-mak seperti ini kerana nampak macam real.

Syerry memainkan watak sebagai isteri kepada Dollah. Penampilan pertamanya di atas pentas menampakkan dia seperti seorang ayam betina yang sedang marah, (simbolik kepada rambutnya, baju kembang di lengan dan berwarna merah) nampak stunning. Aku pernah melihat dia berlakon dalam mana-mana teater, Cuma aku tidak pernah nampak dia membawakan watak yang bukan kemahuannya. Aku cuba menantikan Syerry membawakan watak anaknya sendiri, dengan pakaian berwarna warni dan bersuara sengau, tetapi tidak. Walau bagaimanapun, apa yang dipersembahkan olehnya menarik. Suaranya jelas, kata-kata diluahkan satu persatu Cuma lakonannya agak terbatas. Unlike Amir and Baby, pergerakan tubuh Syerry sedikit tertutup berbanding mereka berdua yang ‘melebarkan sayap’ mereka di atas pentas kerana kebiasaannya, pelakon teater, pergerakannya besar. Keserasian Syerry dengan suaminya agak sedikit terbatas, mungkin kerana pakaian yang dipakai oleh Syerry dengan pasangannya tidak sesuai. Apabila Dollah dan dia masuk ke rumah Rahim, Dollah dan dia nampak seperti pasangan bercinta dan bukan sepasang suami isteri. Tapi apa yang saya percaya mereka sudah bersungguh-sungguh

Watak-watak lain yang dicungkil seperti, Dollah, Kadir, Tuan Mansur, Ana, Ani serta Samson sangat membantu bagi membuatkan jalan cerita ini menarik. Watak Tuan Mansur adalah kegemaran aku buat masa ini. Sampai sekarang !! hahah. I don’t know lah, dia make-up sikit je, pakai kemeja batik kot, dah nampak macam orang tua yang kaya. Pilihan watak yang sangat tepat. Paling suka babak dia membebel seorang diri apabila bertemu dengan Rahim dan isteri. Watak-watak lain banyak yang membantu. Dolah misalnya memainkan watak dengan sepenuhnya dan mempunyai keseimbangan wataknya dengan Rahim. Apa-apa pun semua pelakon bukan berlakon secara shok sendiri.

Ada beberapa elemen yang menggangu semasa pementasan ini berlangsung. Pertamanya adalah set. Pertama sekali apabila lampu dibuka adalah melihat set. Set itu mungkin nampak sesuai dengan kehidupan mereka tetapi tak tahulah, ada something yang macam tak kena. Nampak sedikit kosong di situ dan diisi dengan sofa. Sofa itu kalau dibeli memang beli satu-satu ye? Maksudnya bukan kah selalu semuanya full set? Boleh saja kalau full set kan sofa itu dengan sofa rotan. Nampak seperti keluarga yang sederhana dari meletakkan sofa yang pelbagai fesyen.

Kemudian lampu, agak sedikit malap kepada pelakon. Ada satu di babak akhir, semua pelakon masuk pentas. Jadi ada yang terang dan ada yang gelap. Ada beberapa kali dalam pementasan, lampu akan dispot kan kepada pelakon seperti Tuan Mansur berhujah, lagu Malam Bulan Dipagar Bintang, dan ada lagi beberapa babak, sesekali spot itu menjadi, tetapi kadang-kadang tidak menjadi dan membuatkan pentas gelap.

Pujian harus dipuji kepada audioman, kerana sound effect sangat membantu dalam jalan penceritaan dan ianya selari dengan lakonan mereka. Kita seperti menonton rancangan di dalam TV pulak apabila sound effect disumbat semasa persembahan. Sangat menarik.

Ceritanya ringkas, padat dan tidak jemu ditonton dan sekali lagi tahniah diucapkan kepada Azim Sharim kerana berjaya membuktikan arahannya hebat. Credit juga kepada team produksinya yang bertungkus lumus menjayakan teater ini dengan ribuan press yang membuat liputan. Dari 5 aku bagi 3 ½ bintang.

1 comment:

Anonymous said...

wahhh press yg beribu??