Saturday, December 10, 2011

Pementasan Teater HATI ASID by Shukri Tahir


Pementasan Teater Hati Asid
9 Disember 2011
Dewan Kuliah 500 UiTM Puncak Alam

Pengarah : Shukri Tahir
Pelakon : Nabila Fatiha / Fifi Arif / Azah Nordin

Cerita ini mengisahkan tentang tiga beradik yatim piatu iaitu Sara, Maria dan Sofea. Disebabkan ayah yang telah mengilangkan diri, dan ibunya membunuh diri semasa mereka kecil, mereka terpaksa tinggal bersama Tok Cik, atuk saudara mereka yang merupakan satu-satunya keluarga terdekat. Segala rintangan dan kesusahan yang dihadapi mereka selama bertahun-tahun telah berjaya diharungi oleh adik beradik ini, termasuklah juga apabila Tok Cik telah jatuh sakit. Walaubagaimanapun, masalah seterusnya yang melanda bakal memberi cabaran paling genting sekali buat mereka beradik. Sofea, adik bongsu telah dituduh dalam cubaan membunuh suaminya. Alasannya....hanya kerana tidak suka melihat muka suaminya. Menyedari adik bongsunya itu masih selindung disebalik alasan tidak munasabah itu, Sara dan Maria tetap mengambil keputusan untuk membantu adik kesayangan mereka menyelesaikan kes tersebut walau apa jua sekali pun. Dalam pada itu juga, Sara dan Maria juga tidak terlepas daripada menghadapi isu peribadi mereka tersendiri yang juga terselit. Konflik yang bakal terjadi dan terdedah merupakan perkara-perkara yang mereka harus hadapi dan selesaikan sekiranya mereka mahu meneruskan kehidupan.

Congragts kepada tuan pengarahnya Shukri Tahir kerana berjaya memikul tanggungjawab sebagai seorang pengarah yang baik. Dia Berjaya mengawal pelakon di dalam setiap babak dan Berjaya mengawal emosi penonton pada setiap babak dengan halus kerana setiap babak mempunyai graf emosi yang berbeza dan penonton boleh mengikut rentak graf tersebut. Secara keseluruhan teater ini berlangsung membuktikan bahawa Shukri boleh menjadi pengarah harapan selepas ini bagi menjadi pelapis teater pada masa akan datang dan screenplay yang dilakukan adalah baik sekali.

1st of all opening nya dimulakan dengan teaser. Agak menarik kerana memulakan jalan cerita dengan cara sebegitu at least dapat memendekkan scene yang jika dipentaskan agak panjang tetapi diganggu dengan set yang agak tinggi membuatkan penonton dapat melihat separuh sahaja pada skrin.

Fifi, wataknya adalah Sara seorang kakak yang kesunyian. Wataknya muncul di atas pentas agak kurang kerana tidak ada impak yang kuat bagi menunjukkan dia berada di atas pentas. Selalunya apa yang saya tahu, apabila pelakon utama muncul di atas pentas perlu ada satu gimik yang membuat penonton sedar akan kewujudan watak utama itu. Aku pernah menonton Fifi sebelum ini berlakon di atas pentas tetapi kali ini aku rasa ianya adalah antara persembahannya yang paling baik. Aku perasan dia ada sedikit gugup dan banyak kali tersalah sebut tetapi ianya dapat ditutup oleh lakonannya yang bersahaja.

Azza membawa watak Maria juga adik-beradik mereka. She looks superb, glam and attitude. Secara jujurnya aku tidak pernah menonton Azza berlakon di mana-mana pentas atau filem pendek terutama di pentas teater dan aku amat terperanjat kerana dia mempersembahkan lakonan yang mantap dan memberikan lakonan yang terbaik dalam teater itu. She did really good job sebab tidak ada kesalahan bahasa tubuh apabila berlakon dan tidak ada cross line antara pelakon lain bercakap. Dan aku juga teruja dengan lakonannya yang bersahaja dan mampu membuat penonton tertawa dengan aksi komedi yang dilakonkan menjadi.

Sofea dimainkan oleh Bieya. Aku juga pernah menonton lakonan dia sebelum ini dan aku rasa lakonannya kali ini menjadi. Sebab sebelum ini aku tengok dia hanya melakonkan watak yang cliché dimana cinta-cinta, putus cinta dan kali ini membawakan watak yang serius tetapi berkomedi. And one more thing yang aku suka pasal lakonan Bieya adalah dia seorang yang beriya-iya membawakan lakonan itu maksudnya dia membuat homework tentang lakonan dan wataknya. Aku agak terkejut dengan lakonannya kerana kali ini dia tak cover-cover cantik, siap boleh berlakon cacat lagi. Haha. Overall lakonan semua sangat okay.

Cuma ada beberapa perkara yang menggangu semasa teater ini berjalan. Pertamanya muzik background yang tidak pernah wujud sejak babak pertama muncul jadinya kadang-kadang mood itu hilang secara tiba-tiba. Cuma ada satu babak dimana ada satu lagu cinta dimainkan tetapi itupun dengar halus sahaja macam dalam kelambu.

Kedua pula adalah pada setnya. Aku kurang jelas tentang status rumah dan keluarga itu adakah jenis orang berada atau sederhana kerana ruangan dapurnya lihat seperti orang ada-ada tetapi pada ruang tamu terutama nya pada dinding ke tangga nampak seperti rumah orang sederhana. Tetapi setnya gah, memenuhi seluruh ruang pentas. itu harus dipuji.

Ketiga pula adalah props yang ada kurang digunakan oleh pelakon contohnya seperti bahagian ruang tamu, mungkin gambar-gambar lama yang digantung boleh digunakan atau diusik oleh pelakon kerana ianya nampak mati disitu. Aku tahu las copaqe ada menaja teater ini yang ada di poster tetapi dengan sebuah patung upin ipin di ruang tamu membuat aku pelik kenapa ianya wujud di situ sedangkan tidak ada kanak-kanak yang ditunjukkan di rumah itu. Mungkin itu cara untuk menampakkan ianya ditaja tetapi mungkin rasa lain kot.

Ceritanya agak panjang dan jika tiada muzik latar maka ianya bosan sedikit dan mungkin itu adalah kesilapan teknikal yang berlaku pada hari pertama ini dan jangan ia dibiarkan pada pementasan akan datang. Tetapi terus terang saya katakan komedinya menjadi.

Secara keseluruhannya teater Hati Asid arahan Shukri Tahir yang dilakonkan oleh Nabila Fatiha, Fifi Arif dan Azza Oezil memberikan satu kesan yang mendalam terhadap jalan cerita dan lakonannya. Dari 5 aku bagi 3 bintang. ;p

6 comments:

Anonymous said...

saya setuju dgn pandgan yang diberikan oleh apple ttg pementasan Hati Asid ini. Pertamanya saya ingin memberi komen terhadap teater ini adalah kesimnambungan tajuk teater ini dan apa kena mengena dgn pengisian jalan cerita teater ini. apa sebenar yang ingin disampikan oleh pengarah?adakah ingin memancing penonton dengan tajuk "asid" itu untuk membawa penonton menyaksikan teater ini..apa yang saya lihat mmg terdapat mengenai asid dlm teater ini, tetapi isu tersebut tidaklah menjadi major isu.hanya minor sahaja. Dalam pada itu juga jika saya melihat poster tersebut sudah pasti saya merasakan teater ini sebuah teater tragedy atau cintan cintun...Pendek kata saya mengatakan saya ditipu oleh hati asid...-amirr-

Rizuan Dan Apple said...

wow amir, panjangnye, baik kau hantar by email je. bhahaha. btw yes amir tajuk itu hati asid sebenarnya ditranslate pada tajuk asal cerita ini. dan lagi satu, aku cuba bayangkan genre teater ini adalah drama tetapi sebaliknya bergenre komedi. sayang sikit lah kan. tapi penyampaiannya itu sampai jugak kepada penonton.

Anonymous said...

tak pyah nak email sgt la rizuan..esok kita nak pg mata ringget plak..genre nya jugak keliru malahan set yang dipaparkan juga keliru, tiada penekanan dari aspek set, audio,kostum..tgklah baju fifi ingatkan wall set kat stage tu.benda2 camtu pengarah perlu diberi perhatian..maybe pengarah menekankan pada aspek lakonan..lakonan dan lakonan..sbb itulah lakonan malam ini bleh dikatakan baik..

Rizuan Dan Apple said...

ouh ya, perasan, baju dan seluar fifi pada babak pertama sama dengan corak wall tangga set rumah itu. dan ada satu scene bieya duduk kat tilam merah tu sama lah pulak dengan baju yang dipakai oleh bieya. ouh btw, adik beradik itu kurang nampak sikit adik beradiknya sebab nampak macam kawan.

Anonymous said...

betul tu..ingat kan diorg ni kwn2..bukan apa..semasa sye dtg ltihan pun saya ingat diorg ni kwn2 atau pun jiran..sbb pengarah perlu menerapkan perhubugan adik bradik sesama pelakon..da managmentnye..tuttt..tutttt..tuttt

Rizuan Dan Apple said...

oppss i didn't say anything Amir