Wednesday, March 30, 2011

Just Go With It




Just Go With It!! Baru sahaja menonton filem ini di OU.. Dapat tiket pra tonton filem ini.. Honestly filem ini sangat fun. untuk mereka yang inginkan hiburan santai sambil diselitkan adegan cinta dan perasaan yang timbul dalam hati yang sudah lama dipendamkan, ini lah cerita nya.. Filem yang menggandingkan Adam Sandler dan Jennifer Aniston ini cukup membuatkan penonton terpaku dengan lawak dan aksi romantik yang dipaparkan.

"sometimes you need a girl to get girl"
yes, itulah plot utama cerita ini.. bila seorang lelaki meminati seorang remaja yang berusia belasan tahun dan terpaksa menipu sudah berkawin kerana kantoi dengan hanya sebentuk cincin menjadi permulaan cerita. ceritanya ringan tetapi padat dengan kisah disebalik perasaan yang hanya dipendamkan.



pada awalnya cerita ini agak bosan sedikit, mungkin kerana untuk memperkenalkan watak dan sebagainya, tetapi setelah muncul watak 2 orang kanak-kanak (watak anak kepada jennifer aniston) menggamatkan suasana. sehingga ke akhir cerita, penonton sering pecah perut dengan lakonan Adam Sandler dan Jennifer Aniston ini.

Ada juga part yang agak sedih dan ada juga part yang sangan menyentuh hati. Boleh dikatakan filem ini mempunyai pelbagai rasa. Apa yang mengejutkan lagi, di pertengahan cerita, Nicole Kidman muncul sebagai salah satu watak yang sangat kelakar. Ya, sangat terkejut kerana dalam poster tidak disenaraikan nama Nicole Kidman ini.. Apa-apa pu filem ini sangat best dan santai ditonton.

dari 5 bintang saya bagi 4/5.. sweet !! Just Go With It !!

1 comment:

cikfikaflop said...

hahahaha. and kita pon just go with it walaupun tatau jalan.