Cerita ini mengisahkan tentang tiga beradik yatim piatu iaitu Sara, Maria dan Sofea. Disebabkan ayah yang telah mengilangkan diri, dan ibunya membunuh diri semasa mereka kecil, mereka terpaksa tinggal bersama Tok Cik, atuk saudara mereka yang merupakan satu-satunya keluarga terdekat. Segala rintangan dan kesusahan yang dihadapi mereka selama bertahun-tahun telah berjaya diharungi oleh adik beradik ini, termasuklah juga apabila Tok Cik telah jatuh sakit. Walaubagaimanapun, masalah seterusnya yang melanda bakal memberi cabaran paling genting sekali buat mereka beradik. Sofea, adik bongsu telah dituduh dalam cubaan membunuh suaminya. Alasannya....hanya kerana tidak suka melihat muka suaminya. Menyedari adik bongsunya itu masih selindung disebalik alasan tidak munasabah itu, Sara dan Maria tetap mengambil keputusan untuk membantu adik kesayangan mereka menyelesaikan kes tersebut walau apa jua sekali pun. Dalam pada itu juga, Sara dan Maria juga tidak terlepas daripada menghadapi isu peribadi mereka tersendiri yang juga terselit. Konflik yang bakal terjadi dan terdedah merupakan perkara-perkara yang mereka harus hadapi dan selesaikan sekiranya mereka mahu meneruskan kehidupan.
Congragts kepada tuan pengarahnya Shukri Tahir kerana berjaya memikul tanggungjawab sebagai seorang pengarah yang baik. Dia Berjaya mengawal pelakon di dalam setiap babak dan Berjaya mengawal emosi penonton pada setiap babak dengan halus kerana setiap babak mempunyai graf emosi yang berbeza dan penonton boleh mengikut rentak graf tersebut. Secara keseluruhan teater ini berlangsung membuktikan bahawa Shukri boleh menjadi pengarah harapan selepas ini bagi menjadi pelapis teater pada masa akan datang dan screenplay yang dilakukan adalah baik sekali.
1st of all opening nya dimulakan dengan teaser. Agak menarik kerana memulakan jalan cerita dengan cara sebegitu at least dapat memendekkan scene yang jika dipentaskan agak panjang tetapi diganggu dengan set yang agak tinggi membuatkan penonton dapat melihat separuh sahaja pada skrin.
Fifi, wataknya adalah Sara seorang kakak yang kesunyian. Wataknya muncul di atas pentas agak kurang kerana tidak ada impak yang kuat bagi menunjukkan dia berada di atas pentas. Selalunya apa yang saya tahu, apabila pelakon utama muncul di atas pentas perlu ada satu gimik yang membuat penonton sedar akan kewujudan watak utama itu. Aku pernah menonton Fifi sebelum ini berlakon di atas pentas tetapi kali ini aku rasa ianya adalah antara persembahannya yang paling baik. Aku perasan dia ada sedikit gugup dan banyak kali tersalah sebut tetapi ianya dapat ditutup oleh lakonannya yang bersahaja.
Azza membawa watak Maria juga adik-beradik mereka. She looks superb, glam and attitude. Secara jujurnya aku tidak pernah menonton Azza berlakon di mana-mana pentas atau filem pendek terutama di pentas teater dan aku amat terperanjat kerana dia mempersembahkan lakonan yang mantap dan memberikan lakonan yang terbaik dalam teater itu. She did really good job sebab tidak ada kesalahan bahasa tubuh apabila berlakon dan tidak ada cross line antara pelakon lain bercakap. Dan aku juga teruja dengan lakonannya yang bersahaja dan mampu membuat penonton tertawa dengan aksi komedi yang dilakonkan menjadi.
Sofea dimainkan oleh Bieya. Aku juga pernah menonton lakonan dia sebelum ini dan aku rasa lakonannya kali ini menjadi. Sebab sebelum ini aku tengok dia hanya melakonkan watak yang cliché dimana cinta-cinta, putus cinta dan kali ini membawakan watak yang serius tetapi berkomedi. And one more thing yang aku suka pasal lakonan Bieya adalah dia seorang yang beriya-iya membawakan lakonan itu maksudnya dia membuat homework tentang lakonan dan wataknya. Aku agak terkejut dengan lakonannya kerana kali ini dia tak cover-cover cantik, siap boleh berlakon cacat lagi. Haha. Overall lakonan semua sangat okay.
Cuma ada beberapa perkara yang menggangu semasa teater ini berjalan. Pertamanya muzik background yang tidak pernah wujud sejak babak pertama muncul jadinya kadang-kadang mood itu hilang secara tiba-tiba. Cuma ada satu babak dimana ada satu lagu cinta dimainkan tetapi itupun dengar halus sahaja macam dalam kelambu.
Kedua pula adalah pada setnya. Aku kurang jelas tentang status rumah dan keluarga itu adakah jenis orang berada atau sederhana kerana ruangan dapurnya lihat seperti orang ada-ada tetapi pada ruang tamu terutama nya pada dinding ke tangga nampak seperti rumah orang sederhana. Tetapi setnya gah, memenuhi seluruh ruang pentas. itu harus dipuji.
Ketiga pula adalah props yang ada kurang digunakan oleh pelakon contohnya seperti bahagian ruang tamu, mungkin gambar-gambar lama yang digantung boleh digunakan atau diusik oleh pelakon kerana ianya nampak mati disitu. Aku tahu las copaqe ada menaja teater ini yang ada di poster tetapi dengan sebuah patung upin ipin di ruang tamu membuat aku pelik kenapa ianya wujud di situ sedangkan tidak ada kanak-kanak yang ditunjukkan di rumah itu. Mungkin itu cara untuk menampakkan ianya ditaja tetapi mungkin rasa lain kot.
Ceritanya agak panjang dan jika tiada muzik latar maka ianya bosan sedikit dan mungkin itu adalah kesilapan teknikal yang berlaku pada hari pertama ini dan jangan ia dibiarkan pada pementasan akan datang. Tetapi terus terang saya katakan komedinya menjadi.
Secara keseluruhannya teater Hati Asid arahan Shukri Tahir yang dilakonkan oleh Nabila Fatiha, Fifi Arif dan Azza Oezil memberikan satu kesan yang mendalam terhadap jalan cerita dan lakonannya. Dari 5 aku bagi 3 bintang. ;p









