Saturday, March 24, 2012

Miss My Torch




Minggu lepas aku dan budak rumah aku pergi Pulau Perhentian tanpa plan panjang. Diaorang plan khamis pagi, khamis malam kitaorang bergerak. Gila kan !!? tapi memandangkan mereka ada bercakap nak pergi pulau dah lama, so tak de masalah rasanya minggu lepas kitaorang tgerus pergi pada awal-awal sem ketika fulus masih ada.

Aku tak tahu kenapa percutian ini macam ada something yang tak kena. first semasa on the way ke Besut, kereta Abang Radhi tayar dia pecah kat Machang. Pukul 3-4 pagi kat highway. Khalid paling busy sebab tahan kereta untuk mintak tolong. That was soooo awesome. Hehehe. Tapi sampai pagi tak de orang boleh betulkan so kitaorang gerak perlahan-lahan ke pekan tunggu bengkel bukak.

Then bila dah siap, kitaorang terus ke Besut. Drift ni sebab nak naik bot pukul 2 petang. Hahahhaa. Seriously aku tak pernah pergi pulau naik bot. So dia rasa macam perkara pelik dan aneh bila beradda di tengah-tengah laut. Tengah-tengah laut eh. Hahhaa.

(ni chalet kitaorang chek in, Sha-Rila Chalet Resort. nampak mewah kan!? murah dan best)

(ini view Pulau Perhentian kecil, cantik kan)





Bila sampai, kitaorang tengok air dia CANTIIIIK sangat tak terkata. Ada kebiruan, ada kehijauan. Macam warna listerine biru hijau ahahhaa. Bila mandi air dia sejuk weh. Memang fun habis. Malam kitaorang lepak-lepak makan then kitaorang jalan lebih kurang dalam 10 minti untuk ke Long Beach. Apa yang lain Pantai kitaorang dengan Long Beach ni, kat sana suasana meriah dengan mat-mat saleh. Ahahahahha !!!!


Alaaaa malas lah nak cerita panjang, malas. tengok gambar je lah aeh. Apa-apa pun pakej 3 hari 2 malam dengan harga yang murah memang best. Aku rasa percutian yang paling best WALAUPON !! Walaupon apa ? Masa sampai di jeti untuk hari first tu, bila aku nak naik ke jeti, aku terjatuh dalam laut tu !!! Cuba bayangkan !!! Torch ada di dalam poket seluar akuuuuuuu ;(

Cuti sem lepas aku kerja untuk beli BB ni dan cuba korang bayangkan bila phone yang korang nak sangat, dan gigih bekerja untuk dapatkan phone tu, kau guna untuk 2 minggu sahaja !? itu yang aku rasa sekarang ;( Miss you my Torch ;( mungkin tak de rezeki, mungkin lain kali.


Good Bye Torch ;(

2 comments:

fantasma481 said...

Ok la tu...skang da ada phone len ganti.BB gak kan???ada rezki t ada torch tu...

fantasma481 said...

Ok la tu...skang da ada phone len ganti.BB gak kan???ada rezki t ada torch tu...