Sunday, November 20, 2011

Young Filmmaker Forum [YFF]

(credit to

Remy Remisterio (Muhamad Rahimi)

for this video)

Institut Kesenian dan Kajian Media Malaysia (SEMESTA) dengan kerjasama FINAS akan menganjurkan FORUM KARYAWAN FILEM MUDA atau YOUNG FILMMAKERS FORUM pada 20 Oktober 2011 yang lalu bertempat di Studio Sound Stage Finas, Kompleks Studio Merdeka Hulu Klang.


(Sofea Jane turut turun padang bagi memeriahkan Young Filammaker kali ini)

Forum ini telah menemukan seramai 500 karyawan filem muda yang terlibat dengan penerbitan filem cereka, program TV, filem pendek, animasi, pembikinan filem Indie dan kandungan media baru. Pelajar IPTA / IPTS yang mengambil bidang perfileman, komunikasi dan media baru juga diundang untuk mengambil bahagian dalam forum sehari ini.

(Dr Mahadi J. Murad pengerusi bagi Young Filmmaker ini)

Tujuan forum ini diadakan ialah bagi membincangkan perkara berkaitan dengan kerjaya, peluang, dan peranan yang boleh dimainkan generasi karyawan filem muda dalam mengisi keperluan industri dan negara untuk jangka waktu pendek dan panjang.



(Antara panel yang hadir)

Wakil pelbagai agensi yang berkaitan dengan pembangunan industri filem, penyiaran dan kandungan kreatif seperti Finas, Perbadanan Pembangunan Multimedia (Mdec), Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti), Bank Simpanan Nasional (BSN) (yang mengendalikan dana industri kreatif), Astro, TV3 dan RTM; persatuan-persatuan perfileman serta beberapa orang karyawan filem muda turut hadir



(Ini adalah kami, Young Filmmaker alaf baru, pelapis filmmaker kini)

2 comments:

sitinurulaieen said...

isyh... gila glam la kerja kau nie apak..


selalu jumpa retis! haha...nnti tlg mintak autograf untuk aku..hehe..;)

Rizuan Dan Apple said...

siti !!! haha ngek lahhh. glam pe nye. ni forum lahh.. tp best tau ti. banyak suara dengar hari tu. Sofea Jane support filmmaker mude weh. WOW !! hhhehe.