Monday, November 14, 2011

Viva La Diva

Hallllooo OMG lamanya tak update blog. Busy katenye !! hahah. BTW saje nak share pengalaman shooting under subject hari tu. Final Projek lah kiranya.


VIVA LA DIVA


(Bukan Poster asal)


Tajuk nak VVV je kannn. Hahha. Cite ni mengisahkan Ben, Lisa, Maya dan Airil, 4 pelakon muda baru nak ‘up’ tetapi berkelakuan seperti demand atau lebih sesuai jika kita katakana DIVA lah kot. Short film ini bergenre kan parody. Idea dan konsep ni sebenarnya datang dari lecturer kiteorang, Prof Hatta Azad Khan memilih rantaian Penonton, Pelakon, Pengarah dan Penerbit Filem Merayu. Tetapi kiteorang pandai-pandai ubah tajuk ke Viva La Diva. Kalau prof tak suka kiteorang ubah balik kepada Pelakon filem Merayu ye prof. hhehe.


Well, cerita ini ditulis oleh saya. Cerita ini ringan sahaja. Parody beberapa pelakon di Malaysia. Tapi tidaklah memburukkan mereka Cuma ubah menjadi komedi. Kitaorang start shoot 28 Oktober hingga 5 November 2011. Fun sangat fun!!!


Pelakon yang kita pilih semua dari rakan-rakan sendiri yang actually boleh berlakon. Kita ada Ben Ali, Aina Atiqah, Zhue Arabi dan Khairul Anuar dan beberapa pelakon tambahan seperti Farah Adibah, Akashah Azri dan penampilan istimewa dari Julia Ziegler.


(Gambar ni fofular di FB haha)


Shooting telahpun habis and now masa untuk proses editing. Harap-harap semuanya berjalan lancer. Filem pendek ini dimiliki oleh

Penerbit : Nabilah Baduhisam

Pengarah : Siti Hajar

Skrip. Pen Pengarah : Rizuan Mat Nor

Production Design : Farhana Azwanee

Production Manager : Firdaus Ibnil


Dan terima kasih kepada mereka yang membantu. Kredit kepada:

Abang Radhi, Wan, Shafiq, Daus, Amir, Khalid, Kecik, Aizat Azam (omg so many namesss) hehhe

Thank you sooo much!!



14 comments:

KatANoTA said...

nama saya xde pon kredit huhuhuh... pelakon pembantu awak ni tau hahahah

Rizuan Dan Apple said...

wehhh sorry aku lupe lagi kan aku ckp so many namessssss

KatANoTA said...

hahaha gurau je awak.. good luck apple...semoga movie ni meletops k. ;)

Rizuan Dan Apple said...

btw aku dah tambah nah nama ittew. cube tgk FULL lagi

JunpYo said...

wahhh..letopzz poster.ok.nice.tp kalu pos aina dsengetkan sikit kasi nampak tegak ok kot...tatau la....

KatANoTA said...

hahaha sajer je apple ni...

Rizuan Dan Apple said...

daus, ini bukan poster betol pon. sebagai hiasan sahaja. ok la tuuu heheh

Rizuan Dan Apple said...

ejat, huhuh puas hati kamu? hahah

sitinurulaieen said...

semakin maju apak... semakin advance..

congrats...bangga ada kawan yg dah maju.. cayalah apak!

Rizuan Dan Apple said...

sitiiiii adoii lame x dgr cite.
thank you sooo much. projek under subject je laaa. bukan ape pon. nanti aku kasik tgk k. hahha. kau kt ne skrg? bile habis?

sitinurulaieen said...

hehe..boleh bg tgk ke??

nak tgk..boleh la aku komen kat blog aku plak (buat2 bajet teror buat filem la kan) haha...


skunk kek kedah.. ujung taun ni habis..yeyeh...;)

Rizuan Dan Apple said...

wahhh best. den ado satu sem lg untuk thesis

Aina Atiqah said...

waa..dah ade poster..official ke poster tu? tolong kuruskan saya sikit ek..hahah

Rizuan Dan Apple said...

aina, x ni bukan official, sebagai hiasan. tajuk kene tukar PELAKON FILEM MERAYU. original poster blom buat pon lagi.