Thursday, February 10, 2011

Bengkel Pengarahan 1 Azman Hj Yahya Done

Bersama pengarah Jinggo @ Azman Haji Yahya yang berpengalaman dalam mengarah Drama TV. Bengkel pengarahan ini berkongsi kepada penonton mengenai cara beliau mempresentasikan sesebuah drama melalui gaya pengarahan beliau. Pengalaman beliau juga dikongsi bersama penonton. Misi bengkel ini adalah membantu generasi atau pengarah muda belajar mengenai ilmu-ilmu dalam pengarahan serta asam garam dalam bidang hiburan terutamanya bidang perfileman. Bengkel Pengarahan ini dianjurkan oleh Pelajar SM Teknologi Kreatif (Skrin) Kepujian, Semester 4 dan Penasihat oleh En. Mahantheran Maxwell.



banyak perkara yang sudah dibincangkan oleh Jinggo pada hari tersebut. Drama dan rancangan yang dibuat mempunyai style yang tersendiri sehingga semua penonton menonton drama beliau. syabas diucapkan untuk krew Js Pictures dan Sheila Rusly kerana telah banyak menerbitkan drama dan drama rantaian yang penuh menyayat hati di samping memberi 'sesuatu' kepada penonton.



No comments: