Saturday, December 10, 2011

Pementasan Teater MATA RINGGIT by Nur Ain Othman


Pementasan Teater Mata Ringgit
10 Disember 2011
Malaysia Tourism Centre Kuala Lumpur

Pengarah : Nur Ain Othman
Pelakon : Nur Atikah Zulkepli / Khairul Anuar / Aznue Jaimie

Mata Ringgit mengisahkan Mona, seorang wanita cantik yang telah berkahwin dengan seorang lelaki berusia yang berada. Namun, suaminya diserang penyakit kanser lidah dan ditahan di hospital. Mona didatangi seorang lelaki iaitu Iskandar yang cuba menggodanya namun menggunakan alasan untuk berjual beli. Mona bertindak menjual barangan di rumahnya seperti marmar, kerusi sehingga katil untuk mengelakkan Iskandar itu daripada terus berada di rumahnya.

Dalam masa yang sama, tiga orang cucu tiri Mona, Helmi, Erin dan Sabri muncul untuk menuntut harta pusaka setelah menyedari keadaan datuk mereka yang terlantar di hospital. Mereka bertindak mengambil wang hasil jual beli antara Mona dan Iskandar. Apakah yang akan terjadi kepada Mona dan barangan kepunyaannya?

Pertama sekali bila aku melangkah ke tempat pementasan, aku segera berkata ‘panas’ sebab tak boleh pasang kipas kerana mengganggu pendengaran penonton. NOKTAH.

Pertama kali nak aku ucap congragts kepada Nur Ain Othman kerana berjaya mengarah teater Mata Ringgit ini. Secara keseluruhannya aku suka dengan teater ini kerana ceritanya ringkas dan padat namun sarat dengan elemen lakonan yang mantap. Lakon layar yang diberi agak baik dan kesemua pelakon bermain dengan wataknya secara tersendiri.

Mona dimainkan oleh Atikah. Apa yang perlu aku katakana, dia memang pandai berlakon. Aku memang biasa menonton lakonannya di kelas mahupun di kampus dan memang terbukti lakonannya memang mantap. Tidak ada kesalahan dialog atau tergelincir (mungkin) dan percakapannya jelas satu persatu walaupun berdegung dek kerana stage yang terbuka. She looks smashing walaupon memainkan watak sebagai nenek kepada 3 cucu itu. Dari segi lakonan aku tak perlu bantahlah sebab dia memang hebat. Cuma make-up yang digunakan aku rasa agak tebal dan menampakkan seperti dia adalah seorang mak datin yang berlagak muda. Oleh sebab dia memang dah cantik, rasanya tak perlu make-up tebal-tebal mungkin. Rasanya perlu di reduse sedikit lagi. Kostume yang digunakan Ika memang cantik tetapi seperti yang dicakapkan memang nampak seperti seorang MAK DATIN.

Iskandar dimainkan oleh Khairul Anuar. Pada mulanya aku sangkakan wataknya adalah seorang jurujual kerana dengan pakaian yang agak ‘skema’ dan berbeg pejabat melambangkan dia adalah sebegitu. Aku rasa Khairul masih gugup berada di atas pentas kerana ada beberapa kali dia tersasul dengan line nya dan mungkin terlalu berhati-hati berada di atas pentas. Tetapi keberaniannya harus dipuji kerana bukan semua orang boleh berlakon di hadapan orang secara LIVE. Ada beberapa babak yang menampakkan dia mencuba sedaya upaya untuk melakonkan watak itu. Watak ghairah dan menggoda Mona aku rasa dia perlu buat lebih lagi kerana emosi yang dilemparkan tidak begitu sampai dan kelihatan seperti takut untuk melakonkan babak itu. Nada suara pada setiap babak yang menemukan dia dan Mona tidak begitu seimbang kerana kadangkala suara Mona tinggi dan suara Is rendah begitu juga dengan pergerakan yang digunakan oleh Mona agak luas manakala Iskandar agak terkawal. Walau apapun congragts to him atas usaha lakonannya yang menjadi.

Watak Helmi dimainkan oleh Jaimie. Sesaat mula dia masuk ke pentas aku TERGAMAM. Senyap seketika. Aku tidak pernah melihat lakonan Jaimi di mana-mana dan pada ketika aku melihat tadi aku rasa dia bukan dia. Perwatakannya berubah menjadi seorang cucu yang sering meminta duit dari neneknya. Well aku terkejut gila bila melihat Jaimi berperwatakan sebegitu. Itu satu pujian yang harus dipuji kerana percubaannya itu Berjaya dan tidak nampak kekok bila ditonton. Walaupun keluar dalam beberapa babak, namun kemunculannya dinanti-nanti. Babak di mana Helmi mencari duit di dalam rumah mona membuat aku rasa cemas bila Jaimi mengasari Atikah sebab Jaimi agak kuat. Babak yang aku suka apabila die meminta duit dari Mona dan pertelingkahan berlaku membuat kita rasa tidak senang duduk untuk menonton. Graf lakonan Helmi dan Mona sama naik pada ketika itu begitu juga dengan suara. Tapi sayangnya, suara Jaimi sedikit serak membuatkan percakapannya tidak begitu didengari oleh penonton.

Watak-watak lain yang dicungkil seperti Sabri, Erin dan Isteri kepad Iskandar sangat membantu bagi membuatkan jalan cerita ini menarik. Watak Erin adalah kegemaran ku. Perempuan mengandung yang sering dok mintak duit dari neneknya dengan perutnya yang memboyot. Dialog yang diucap bersahaja dan komedi yang dilakukan SEMUA nya menjadi. Semua. Tetapi pada watak Isteri Iskandar, ianya lucu tetapi aku rasa seperti wataknya dirancang dan sedikit lambat.

Ada beberapa elemen yang menggangu semasa pementasan ini berlangsung. Pertamanya adalah suara pelakon. Suara mereka tidak jelas. Aku duduk dekat dengan pelakon tetapi bunyi suara macam jauh. Sayu aje. Mungkin kerana ianya adalah pentas terbuka dan walau mereka menjerit macam mana sekali pun, volume suara yang penonton dengar sayup-sayup. Babak pertama cerita ini aku lost sekejap sebab tak dengar apa yang mereka perkatakan ditambah dengan muzik effek air hujan.

Kedua pula adalah dari segi set. Setnya nampak mewah dari ruang tamu ke bilik tidur tetapi aku tak faham dari meja make-up nya nampak seperti meja make-up orang kampong dulu-dulu dan tidak match dengan lampu ikea dan lampu mega di ruang tamu. Hehhe. Katil juga begitu, nampak seperti katil orang kawin di kampong-kampung. Mungkin cadarnya boleh diganti dengan warna maroon yang lite supaya tidak nampak seperti cadar bilik pengantin dan jika dilihat kayu katil itu nampak seperti katil dari kampong. Mungkin aku tidak mengkaji set-setnya namun dari yang aku lihat, begitulah. Dan mereka jarang menggunakan kedua-dua set yang berbeza itu dengan kerap tidak seperti set di Hati Asid.

Ketiga pula adalah di tempat penonton duduk menyaksikan teater itu. Keadaan tadi amat panas dan mengganggu untuk kami menonton hingaga sampai ke penghujung. Mungkin pada belah malam tidak terasa panasnya, tetapi pada belah siangnya memang panas. Semua dok mengipas saja semasa menonton.

Pada posternya, selepas menonton aku fikir biar watak Mona sahaja digambarkan di dalam poster dari meletakkan 3 pelakon utama yang tidak nampak wajah. Ceritanya ringkas, padat dan tidak jemu ditonton dan sekali lagi tahniah diucapkan kepada Nur Ain kerana berjaya membuktikan arahannya hebat. Credit juga kepada team produksinya yang bertungkus lumus menjayakan teater ini dengan ribuan press yang membuat liputan. Dari 5 aku bagi 3 ½ bintang.

12 comments:

Anonymous said...

saya pergi pementasan mata ringget.mmg panas dan kurang selesa..bukan teater nye.tapi tempat duduk penonton..erkkk..ok mule2 nak puji sbb team managmentnye SUPERBB.taniah ..semalam saya telah menonton hati asid..dan perbandingan akan dimulakan..hahahaha

Anonymous said...

mata ringit dari sudut lakonannya kepujian harus diberi kepada jaimi..kerana yg kita tau dia merupakan seorg lelaki lembut..dlm pementasan ini satu transform kareakter yang dilakukan begitu berjaya dan menarik perhatian penonton..yang lain itu bagus..tapi apa yang sye nak cakap..lakonan atiqah yang begitu klisee.dan boleh dikatakan itu adalah ATIQAH..tiada perubahan watak dilakukan.so i say NO..AMIR

Rizuan Dan Apple said...

wah Amir, you should creat a blog lah !! bhahah. Amir aku rasa atikah okay, tak lah cliche. mungkin aku jarang nonton die berlakon berbanding kau. tapi die okay sebab die yang membawakan watak dari mula hingga habis mer. Jai dan krol pon okay, semua menonjol. Berkat usaha gigih latihan itu lah hasilnya ;p tapi bab transformasi watak aku kurang arif sebab kau yang slalu tengok dorang berlakon

Anonymous said...

owhh ok2..ye bagi aku atiqah berlakon begitu saya merasakan mmg biasa..sbb sepatutnye pengarah createkan watak ika yang lbh berat.sbgi contoh jadikan dia seorg wanita yang berasal dari indonesia ke..wanita yang ada cacat sedikit ke..jgn hanya mahu tonjolkan dia seorg wanita cantik..kelainan harus diberikan kepada pelakon supaya impact dia kepada penonton kuat..amir

Rizuan Dan Apple said...

bhahaha x yah nak skema sangat lah mer oi.. yeahhh mungkin dia boleh adakan satu kipas pada dia sebagai theme watak mona atau mungkin rambutnya bercucuk sanggul setiap masa pon boleh jugak kan.

Anonymous said...

hahahah..yes..klu org tgk mmg terdapat kebosanan pel..betul aku cakap..sbb org akan tertumpu pada dia tau..lakoanan yang lain juga bleh dikatakan pada tahap 4/5...dan tiada keistimewaann yang ditonjolkan.,.

Rizuan Dan Apple said...

lakonan mantappp ;p wallaweeee

JaimieIsOva said...

tq guys...love love

grEEnLEaF rEdhEart said...

congratz guyz. aku baca pun , aku dpt rasa apakau rasa. btw, atiqah dr diploma smpi skrg aku rasa level acting dia mmg terbaik ;)

Rizuan Dan Apple said...

jai, good job ya

Rizuan Dan Apple said...

yaya, rugu kau tak datang ya. superb huhu. ika memang best berlakon

Muqri siti di alam fantasi said...

Pementasan teater mata ringit sangat menarik Dari SEgi Lakonan ke costume ke props Dan lain lagi mempersembahkan teater mata ringit Daripada pengarah Nurul Ain Othman ~~~~~~~CIKGU AIN SEXY~~~~~~~~