Masa berlalu dengan pantas. Pejam celik pejam celik nil ah shooting terakhir kami di fakulti ini. Shooting dokumentari Rezeki di Garisan. (Tajuk dipilih oleh pensyarah) cliché kan !1 bhahahaa. Rasa seronok, fun sebab team ni memang macam ‘hareeemm’ haha. Tak pernah nak serious lah waktu shooting.
Tempat : Lubok China, Melaka
Tarikh : 2-4 Disember 2011
Penerbit : Farah Adibah Mohd Zaki
Pengurus Produksi : Farhana Azwanee Ismail
Pengarah : Amyer Zulfadly Mohd Khadari
Penolong Pengarah : Shafikah Sobri
Pengarah Fotografi : Isydihar Buhari
Audio : Mohd Khalid Takdir
Penulis Skrip : Rizuan Mat Nor
3 hari kat sane memang tak rasa. Penat tu memang lah penat tapi sebab asyik gelak kaw-kaw nye kat hutan-hutan tu siape x rasa kan. 1st day sampai pagi dalam pukul 9 pagi dah sampai dah. Mendung je cuaca. Dapat rakam cutaways lah dari pagi sampai pukul 1245. Kitaorang berjalan dari rumah pak cik tu sampai lah ke hujung kampong. Memang fun lah sambil jalan sambil rakam. Cuaca pulak mendung. Memang macam kat fraser hill la. Hahah.
Hujan turun mencurah-curah (nampak tak ayat tu) lepas solat Jumaat. Mulanya memang risau lah sebab Asri (kawan Kin selaku anak tuan rumah yang kitaorang menginap) cakap hujan akan sampai ke petang dan malam. Semua cuak. Tapi apa boleh buat, TIDOR lah !!! hahaha.
Malam tu kiteorang shoot lah. Dan alhamdulilah dapat jugak merakam apa yang kami nak. Memang berbaloi lah keluar malam-malam tu. I mean tengah-tengah malam tu. Heheh
Day 2. Start dari mana eh? Owh bangun pagi sebab nak shoot ayam. Pagi-pagi okay. Hahah mata masing-masing kuyu je. Redup je sememeh je. Cantik ok kiteorang shoot ayam tu di pagi hari. Tak caya tengok lah nanti. Hahah. Pssssttt tak leh cerita banyak, tak gimik lak nanti. Bhahahaha. Yang penting boleh singgah ke rumah pengantin plak tu. Dengan baju tak proper, kehulu kehilir nye. semua orang tengok. Hahah. MAKAN FREE lagi rumah pengantin !!!! hahaha.
Overall shooting kali ni memang best lah. Moment tu ade je pada setiap masa. Epic pulak tu. Ketawa berlekek-lekek tak ingat dunia. Harap semua okay sampai video ni siap. Orang kampong tu memang sporting, semua sanggup tolong. Character Driver memang terbaik. Pak cik dan mak cik owner rumah sangat baik. Tak boleh cakap lah betapa terharunya kitaorang masa nak balik hari tu. Tapi apa boleh buat, masa dah suntuk, semua kene pulang.
2 comments:
taniah!!! senmoga dpt A k :)
uii..korang bile nak mai lg sini....ajak kin !
Post a Comment