Friday, November 25, 2011

MBO Space U8 TTDI & Breaking Dawn


Semalam MBO space U8 sudah dibuka dan aku bersama teman-teman tidak melepaskan peluang untuk pergi buat pertama kalinya kerana MBO merasmikan 'rumah'nya semalam. Ianya ok lah. agak besar dan nampak mega. sekarang lagi dekat untuk menonton wayang lah.


Space U8 terletak di TTDI Jaya Shah Alam. Dekat. Paling dekat !! hahah. Semalam aku, Mira, Amir, Kecik dan Farah ke sana sebab nak menonton Breaking Dawn dan terserempak pulak dengan Reez dan Rizal. so macam best lah jugak semalam.

(Reez, Mira, Me, Amyer, Kecik and Farah)

Breaking Dawn

ok, aku bukan pengikut setia Twilight Saga ni, dan aku rasa menonton semalam memang tengok kali pertama lah walaupun sequel die dah banyak ditayangkan. Banyak ke? haha. Aku pun tak pasti apa yang aku tonton semalam sebab dalam panggung tu semalam dengar jugak diaorang mengiang-ngiang tengok Bella dengan Edward kahwin i mean like bila dorang tengok dari season 1, dorang akan ikut lah kan cerita tu. aku duduk je diam dan tengok je lah !! hahah

ok dalam 20 minit pertama aku rasa macam sangat boring. bermula dengan orang sekeliling mereka mendapat kad jemputan kahwin dari Edward dan Bella. Then berkonti dengan upacara perkahwinan mereka. Tapi set mega ya. !! Art mesti 'sakit' buat set garden wedding nya itu. hahah. Then berkonti pulak dengan honeymoon dorang. So benda-benda ni nampak sangat boring sebab jalan cerita dia mendatar. But pada mereka yang ikut cerita ni memang rasa tak akan bosan lah sebab nak tengok Edward dan Bella berdua selalu. Tapi bagi aku ianya sangat bosan.

Then pada pertengahan cerita agak menarik sedikit bila Bella mengandungkan anak Edward dan mengalami masalah semasa mengandung. Tapi kan, aku rasa filem ni memang bosan. Jalan cerita ringan sangat. Sangat sangat sangat. Kalau cerita ini bukan Twilight dan pelakonnya bukan Kristen Stewart, Robert Pattinson, dan Taylor Lautner, filem ni biasa je. tak de pengikut pun.

Well so far aku bagi 3/5 lah mungkin sebab ianya terlalu mengambil masa yang lama untuk aku suka Twilight Saga ni.

No comments: