Tuesday, November 22, 2011

Honour Stage Theatre


TEATER MATA RINGGIT Adaptasi dari Wisran Hadi (Nyonya)
ARAHAN : Nurul Ain Othman

Noor Atiqah Zulkepli sebagai MONA
Muhamand Aznujaimie Mustafa HELMI
Mohd Hairul Anuar Misran sebagai ISKANDAR

Cerita ini mengisahkan tentang Iskandar cuba mendekati Mona yang cantik dengan pelbagai muslihat, antaranya membeli satu meter persegi perkarangan rumah Mona, seterusnya membeli marmar dan yang paling dasyat apabila Iskandar mahu membeli tempat tidur Mona. Setelah mengetahui suami Mona sakit dan terlantar di hospital akibat kanser lidah, Iskandar mempunyai muslihat terakhir dengan mengatakan lutut Mona akan berdarah sekiranya Mona berdiri dan terus mengajak Mona duduk dan berbaring bersama di atas katilnya.

Dalam masa yang sama, Mona juga dibelenggu oleh tiga cucu saudaranya yang menuntut wang dan harta pusaka suami Mona. Mona menafikan wang dan harta pusakan itu ada padanya dan ketiga-tiga cucu saudaranya tidak percaya dan mengugut akan membunuh Mona Apakah kesudahan Iskandar, adakah Iskandar berjaya menundukan Mona? Apakah Mona berjaya menumpaskan cucu saudaranya yang mahu menuntut wang dan harta pusaka suaminya?

JADUAL PEMENTASAN
09 Disember 2011 : 8.30 malam
10 Disember 2011 : 3 petang
11 Disember 2011 : 3 petang & 8.30 malam

TEMPAT
Pusat Perlancongan Malaysia (MaTiC), Jalan Ampang

TIKET RM 10

TEMPAHAN TIKET
Nadia: 012 623 4461
Adila: 017 748 5084
Gigie: 013 340 9335





TEATER HATI ASID Adaptasi dari Beth Henley (Crimes Of the Heart)
ARAHAN : Muhammad Shukri Tahir

Nabila Fatiha
Rafeah
Norazah Nordin

Cerita ini mengisahkan tentang tiga beradik yatim piatu iaitu Sara, Maria dan Sofea. Disebabkan ayah yang telah mengilangkan diri, dan ibunya membunuh diri semasa mereka kecil, mereka terpaksa tinggal bersama Tok Cik, atuk saudara mereka yang merupakan satu-satunya keluarga terdekat. Segala rintangan dan kesusahan yang dihadapi mereka selama bertahun-tahun telah berjaya diharungi oleh adik beradik ini, termasuklah juga apabila Tok Cik telah jatuh sakit. Walaubagaimanapun, masalah seterusnya yang melanda bakal memberi cabaran paling genting sekali buat mereka beradik. Sofea, adik bongsu telah dituduh dalam cubaan membunuh suaminya. Alasannya....hanya kerana tidak suka melihat muka suaminya.

Menyedari adik bongsunya itu masih selindung disebalik alasan tidak munasabah itu, Sara dan Maria tetap mengambil keputusan untuk membantu adik kesayangan mereka menyelesaikan kes tersebut walau apa jua sekali pun. Dalam pada itu juga, Sara dan Maria juga tidak terlepas daripada menghadapi isu peribadi mereka tersendiri yang juga terselit. Konflik yang bakal terjadi dan terdedah merupakan perkara-perkara yang mereka harus hadapi dan selesaikan sekiranya mereka mahu meneruskan kehidupan. Dapatkah Sara dan Maria berdepan dengan masalah mereka yang kian menghantui mereka sehingga sekarang? Dan betulkah alasan Sofea cuba membunuh suaminya itu hanya kerana tidak tahan melihat muka suaminya itu?

JADUAL PEMENTASAN
09 Disember 2011 : 8.30 malam
10 Disember 2011 : 3 petang
11 Disember 2011 : 3 petang & 8.30 malam

TEMPAT
Dewan Kuliah 500 Puncak Alam

TIKET RM 8

TEMPAHAN TIKET
Aliff : 0179326273




TEATER AYAM JANTAN AYAM BETINA (Karya Bidin subadi)
ARAHAN : Azim Sharim

Amir Zahari (Amir) sebagai Rahim
Siti Fairuz Razali (Baby) sebagai Midah
Syahrifah Noorfaiza (Syery) sebagai Kesum

Mengisahkan tentang pergolakan keluarga Rahin dan keluarga Dollah akibat perbuatan anak Rahim, Kadir yang mencium anak perempuan Dollah sehingga memaksa mereka menuntut ganti rugi di atas perbuatannya

JADUAL PEMENTASAN
16 Disember 2011 : 8.30 malam
17 Disember 2011 : 3 petang & 8.30 malam
18 Disember 2011 : 8.30 malam

TEMPAT
Bilik Kuliah 500 UiTM Puncak alam

TIKET RM 10

TEMPAHAN TIKET
Noorli (oLy) - 019-3674843
Siti Zaleha - 017-2809015



No comments: