Thursday, May 19, 2011

Nur Kasih The Movie


Nur Kasih semua sedia maklum drama hebat ini disaksikan oleh 19 juta penonton dan aku juga tidak sabar dengan kemunculan filem sambungannya Nur Kasih The Movie. Apa kah kesudahan, perjalanan cerita Nur, Adam dan Aidil. So hari pertama keluar di pawagam, aku terus pergi menonton.

Selepas menonton aku rasa macam sesuatu yang tak lepas pada start cerita bermula hingga akhir cerita. Pada permulaan cerita agak bosan kerana sudah dihidangkan dengan konflik yang melanda di mana tiadanya permulaan cerita yang menghubungkan act 1 ke act 2. Rasanya permulaan cerita itu terlalu emosi dengan sedikit flashback dari drama siri yang lalu. Dengan perjalanan cerita yang tidak mengikut narratif membuatkan sesetengah penonton akan rasa keliru dan penat. Penat ini kerana filem ini terlalu banyak konflik yang ditekan-tekan dan diletakkan di pertengahan, permulaan dan diakhir cerita.

Remy Ishak - Tizz Zaqyah - Fizz Fairuz

Semua sedia maklum watak-watak di dalam drama Nur Kasih ini tetapi bagi filem ini, kemunculan setiap pelakon tidak memberi impak yang kuat aku rasa kerana ia mendatar sedikit berbanding drama dahulu. Watak Adam seperti direka-reka supaya konflik ini berterusan hingga ke akhir cerita manakala watak Nur nampak seperti tiada keseimbangan kerana memainkan watak sedih dan pilu oleh kerana Adam. Watak Aidil ada sedikit kekuatan seperti biasa sama seperti di dalam drama bersiri.

Konflik cerita ini terlalu panjang dan membuatkan penonton kepenatan dengan pembawakan cerita yang dibawa. Aku bagi contoh, kalau konflik Nur asyik gugur dan Adam sakit untuk mati, lebih sesuai ika ia digantikan dengan konflik rumah tangga yang berlaku diantara Nur, Adam, Aidil dan Liya. Watak Liya dimatikan dengan begitu mudah untuk seperti senang untuk memasukkan konflik lain di dalam cerita ini. Kalau tak silap hanya dua scene sahaja yang muncul dan tidak banyak berdialog padahal aku rasa watak Liya juga kuat dalam cerita ini.

Audio sangat tidak selesa bila permulaan cerita. Kadang-kadang dengar, kadang tidak. Level suara mereka juga tidak sinkronis antara satu sama lain. Kadang dengan seperti di dubbing membuatkan penonton tidak selesa mendengar. Lagu Nur Kasih sedap didengar apabila ianya muncul pada permulaan cerita tetapi ianya tidak. Hanya narrative yang keluar. Walau bagaimanapun, muzik latar membantu penonton rasa apa yang watak sedang bermain dengan perasaannya.

Bagi aku, filem ini agak kurang kerana ianya terlalu komersil dan aku percaya apabila mak dan abah terutama warga mas menonton filem ini (oleh kerana tidak melepaskan peluang menonton sambungan drama bersiri) tidak begitu faham denga perjalanan ceritanya kerana rata-rata penonton drama ini adalah dari golongan mereka yang lebih ramai berbanding remaja kerana ini adalah filem untuk keluarga.

Cinematografinya seperti biasa tidak mengecewakan. Sangat terbaik dari segi lighting, camera movement dan sebagainya. Tetapi ada beberapa visual khas yang diselitkan di dalam filem ini. Ianya sedikit nampak tipu pada semua kesan effect ini terutama apabila kereta api meletup dan asap yang keluar di tempat kejadian.

Agak kecewa sedikit dengan filem ini kerana aku adalah antara peminat setia drama bersiri Nur Kasih. Mungkin kerana filem ini 1 setengah jam, perlu memasukkan semua cerita dalam jangka masa itu membuatkan cerita ini terlalu mudah dan ringan.

Tetapi antara 3 filem di atas ini, Nur Kasih adalah antara yang terbaik setakat ini.

Secara keseluruhannya dari 5 bintang, aku bagi 3/5 bintang.

4 comments:

^ Uncle Syaf ^ said...

alamak...cam tak jadi je nk tengok besok ni..ha3

baru plan nk pegi tengok

sitinurulaieen said...

oh tak best ea?
haha...kalau aku p panggung..

antara nur kasih dengan cerita lain.. aku rasa aku nak tgk citer piretes... kau dah tengok lom pak?

hehee

Rizuan Dan Apple said...

syafiq, eh tgk la dulu, selere penonton x sama kan, aku cume rasa apa yang aku rasa je. gi tgk dulu.. support filem tempatan. =)

Rizuan Dan Apple said...

siti, NOT THAT BAD la.. drama series lg better. pada pendapat aku la kan..

pirates aku pon lom tgk laei.. aku nak tgk 3D punye weh, ade duyung bagai tuh. hehehhe