Pada 24 Mei 2011 (Selasa), tepat jam 11.00 malam Fuhhh! Istimewa Akustika Amal Al-Taqwa disiarkan secara langsung dari Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam
Fuhhh! Istimewa: Akustika Amal Al-Taqwa menggandingkan sekumpulan artis popular tanah air di dalam satu slot persembahan khas untuk mengumpul dana kebajikan bagi membantu mangsa tragedi tanah runtuh yang telah berlaku baru-baru ini.
Malapetaka yang telah meragut 16 nyawa dari Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa, Hulu Langat ini telah menggemparkan seluruh
negara pada 21 Mei 2011 (Sabtu) lalu. Turut tercedera 9 lagi orang penghuni rumah kebajikan tersebut dan kini sedang menerima rawatan di Hospital Ampang.
Dihoskan oleh Awal Ashaari, kesemua artis tampil dengan persembahan solo akustik di sepanjang slot yang bersiaran secara langsung selama sejam, diiringi beberapa sedutan dari Buletin Utama yang telah dirakamkan di tempat kejadian. Pada masa yang sama, kutipan derma dan sumbangan turut dijalankan ketika rancangan bersiaran dan penonton di rumah juga boleh menyumbang melalui maklumat seperti yang tertera di bawah:
Sumbangan boleh disalurkan kepada:-
Pihak Alternate Media / Web Content TV3 telah menyediakan saluran khas bagi penderma yang ingin menyumbang melalui kad kredit / debit, dengan melayari laman web www.tv3.com.my/altaqwa
Senarai Lagu:
3 comments:
it was good babe dpt tolong mangsa tanah runtuh. TV3 prihatin
black is awesome bawak lagu andai ku tahu. meremang. -intan
tv3 mmg prihatin.
intan, FT lagi better kot !! heheh
Post a Comment