Bercakap mengenai filem ini, bagi aku, idea nya sangat cantik di mana orang tidak pernah berfikir mengenai apa yang akan berlaku jika hijab kita dibuka untuk selama-lamanya. Dan apabila mendapat kebenaran untuk membukanya, ianya tidak boleh ditutup kerana orang yang membukakan hijabnya sudah meninggal dunia dan hanya orang itu sahaja yang boleh menutupnya.
Filemini boleh dikatakan mesti tonton pada penggemar filem melayu dan seram kerana ada beberapa eleman yang dirasakan Piere Berjaya menghasilkan filem seram yang baik.
Aku amat tertarik pada opening sequence pada cerita ini. Ia mengisahkan sepasang kekasih yang telah sesat di tengah jalanraya yang sunyi dan didatangi oleh beberapa orang yang juga menghadapi masalah yang sama dan risau sedang membawa seorang yang sedang sakit yang mana hanya berselubungkan kain pada kepalanya. Suasana agak seram apabila semua kumpulan lelaki itu mencari suara mengilai di tepi jalan dan tinggal dua perempuan dalam kereta berasingan. Perempuan itu melihat dari belakang perempuan sakit itu membuka pintu kereta. Mungkin bagi aku ianya sangat seram dan aku cuba untuk menjadi watak perempuan yang di dalam ketakutan itu. Ya, benar ia amat mencemaskan.
Di dalam filem ini wujudnya babak di mana penerbit dan pengarah mencari pelakon baru dan kelemahan cerita ini adalah setiap babak yang melibatkan adegan ini, tempo jalan ceritanya lambat dan seperti di buat-buat. Aku jadi tidak selesa menonton kerana bagi aku meeting di dalam production house tidak sebegitu lembab!
Kewujudan NurFathia sebagai kekasih kepada Piere ini bagi pendapat aku tidak membantu langsung sama sekali. Aku cuba bayangkan filem ini tanpa heroin. Cerita ini masih boleh berjalan kerana teraju utamanya adalah watak Piere yang tidak takut kepada hantu dan membuka hijabnya untuk melihat benda-benda halus. Mungkin bagi aku Piere cuba meletakkan ‘bunga’ di dalam filemnya dan untuk melariskan lagi file mini. Tapi bagi aku watak Fathia tidak mendatangkan apa-apa kesan kepada penonton.
Aku sendiri tidak faham dengan keadaan rumah Piere yang digambarkan di dalam file mini. Adakah rumah melayu Islam meletakkan gambar-gambar tengkorak dan tengkorak sendiri di dalam rumah?? Mungkin Piere cuba untuk mewujudkan suasana itu tetapi bagi aku Piere harus meneliti dengan sebaik mungkin mengapa elemen=elemen ini digambargan di dalam filemnya?
Aku juga tidak faham dengan elemen penghantaran SMS kepada Piere oleh Mak Itam untuk membantunya melihat benda-benda halus. Bagi aku, Mak Itam adalah orang yang boleh melihat benda-benda itu dan sedikit tradisional lah. Elemen menghantar SMS itu agak kelakar dan tidak logic. Dan piere patutnya memikirkan cara lain untuk menghantar pesanan itu mungkin dari segi ghaib atau something!!
Dan yang paling aku minat di dalam file mini adalah KONTINYA. Konti di dalam file mini bagi babak Piere bertemu dengan Mak Itam adalah sangaaaat panjang dan aku meminati jalan cerita ini. Dal scene kegemaran aku adalah apabila Piere bergelut dengan hantu. Tiba-tiba hari sudah siang dan Fathia datang mengejutkan Piere. Piere sangkakan hari sudah siang dan lega dengan keadaan itu tetapi sebenarnya TIDAK. Malam masih ada dan pergelutan masih berlaku.
Walaupun ada beberapa elemen yang tidak logic dalam cerita ini tetapi ada juga yang baiknya. Sekali lagi Piere berjaya menghasilkan filem seram selepas kejayaannya di dalam Jangan Pandang Belakang.
Rating : 4/5
No comments:
Post a Comment