Thursday, May 26, 2011

Akustika Amal Al-Taqwa


Pada 24 Mei 2011 (Selasa), tepat jam 11.00 malam Fuhhh! Istimewa Akustika Amal Al-Taqwa disiarkan secara langsung dari Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam

Fuhhh! Istimewa: Akustika Amal Al-Taqwa menggandingkan sekumpulan artis popular tanah air di dalam satu slot persembahan khas untuk mengumpul dana kebajikan bagi membantu mangsa tragedi tanah runtuh yang telah berlaku baru-baru ini.

Malapetaka yang telah meragut 16 nyawa dari Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa, Hulu Langat ini telah menggemparkan seluruh

negara pada 21 Mei 2011 (Sabtu) lalu. Turut tercedera 9 lagi orang penghuni rumah kebajikan tersebut dan kini sedang menerima rawatan di Hospital Ampang.

Dihoskan oleh Awal Ashaari, kesemua artis tampil dengan persembahan solo akustik di sepanjang slot yang bersiaran secara langsung selama sejam, diiringi beberapa sedutan dari Buletin Utama yang telah dirakamkan di tempat kejadian. Pada masa yang sama, kutipan derma dan sumbangan turut dijalankan ketika rancangan bersiaran dan penonton di rumah juga boleh menyumbang melalui maklumat seperti yang tertera di bawah:

Sumbangan boleh disalurkan kepada:-

Tabung Bencana NSTP Media Prima
Maybank account: 514105-320757

Tabung TV3 Bersamamu
Maybank account: 564324129973

Pihak Alternate Media / Web Content TV3 telah menyediakan saluran khas bagi penderma yang ingin menyumbang melalui kad kredit / debit, dengan melayari laman web www.tv3.com.my/altaqwa

Senarai Lagu:

1. Hanyut – Faizal Tahir
2. Pergi – Aizat
3. Jeritan Batinku – Azlan & the Typewriter
4. Kau Harus Ada – Hujan
5. Andai Ku Tahu – Black (Mentor 3)
6. Wajah – Jaclyn Victor
7. Selamat Malam – Faizal Tahir








Saturday, May 21, 2011

Cik Kiah Kole Kacang


Start seminggu berpraktikal di Radius One, aku dah join dan turun padang untuk telemovie 'Cik Kiah Kole Kacang' arahan Shahrulezad Mohameddin terbitan Radius One. It was fun guyz !! sebab ape ?? haaa mesti lah sebab pelakon die. Noryati Taib, Noor Khiriah dan Elliza Razak. Memang pecah perut di set !!

Cerita dia mengisahkan Cik kiah, seorang pembuat dan pembekal kuih kole kacang sebenarnya berangan untuk menjadi penerbit atau pengarah drama. Anaknya, Ecah seorang pembacuh air di set lokasi dan Yin, anak bongsu Cik Kiah. Konflik berlaku apabila tiada siapa yang mahu direct telemovie baru dan akhirnya Cik Kiah anak beranak yang menyambung kerja seni ini. Merekalah pengarah, merekalah pelakon, merekalah penerbit.

Shooting ni start sabtu lepas dan berakhir jumaat.

Thursday, May 19, 2011

Nur Kasih The Movie


Nur Kasih semua sedia maklum drama hebat ini disaksikan oleh 19 juta penonton dan aku juga tidak sabar dengan kemunculan filem sambungannya Nur Kasih The Movie. Apa kah kesudahan, perjalanan cerita Nur, Adam dan Aidil. So hari pertama keluar di pawagam, aku terus pergi menonton.

Selepas menonton aku rasa macam sesuatu yang tak lepas pada start cerita bermula hingga akhir cerita. Pada permulaan cerita agak bosan kerana sudah dihidangkan dengan konflik yang melanda di mana tiadanya permulaan cerita yang menghubungkan act 1 ke act 2. Rasanya permulaan cerita itu terlalu emosi dengan sedikit flashback dari drama siri yang lalu. Dengan perjalanan cerita yang tidak mengikut narratif membuatkan sesetengah penonton akan rasa keliru dan penat. Penat ini kerana filem ini terlalu banyak konflik yang ditekan-tekan dan diletakkan di pertengahan, permulaan dan diakhir cerita.

Remy Ishak - Tizz Zaqyah - Fizz Fairuz

Semua sedia maklum watak-watak di dalam drama Nur Kasih ini tetapi bagi filem ini, kemunculan setiap pelakon tidak memberi impak yang kuat aku rasa kerana ia mendatar sedikit berbanding drama dahulu. Watak Adam seperti direka-reka supaya konflik ini berterusan hingga ke akhir cerita manakala watak Nur nampak seperti tiada keseimbangan kerana memainkan watak sedih dan pilu oleh kerana Adam. Watak Aidil ada sedikit kekuatan seperti biasa sama seperti di dalam drama bersiri.

Konflik cerita ini terlalu panjang dan membuatkan penonton kepenatan dengan pembawakan cerita yang dibawa. Aku bagi contoh, kalau konflik Nur asyik gugur dan Adam sakit untuk mati, lebih sesuai ika ia digantikan dengan konflik rumah tangga yang berlaku diantara Nur, Adam, Aidil dan Liya. Watak Liya dimatikan dengan begitu mudah untuk seperti senang untuk memasukkan konflik lain di dalam cerita ini. Kalau tak silap hanya dua scene sahaja yang muncul dan tidak banyak berdialog padahal aku rasa watak Liya juga kuat dalam cerita ini.

Audio sangat tidak selesa bila permulaan cerita. Kadang-kadang dengar, kadang tidak. Level suara mereka juga tidak sinkronis antara satu sama lain. Kadang dengan seperti di dubbing membuatkan penonton tidak selesa mendengar. Lagu Nur Kasih sedap didengar apabila ianya muncul pada permulaan cerita tetapi ianya tidak. Hanya narrative yang keluar. Walau bagaimanapun, muzik latar membantu penonton rasa apa yang watak sedang bermain dengan perasaannya.

Bagi aku, filem ini agak kurang kerana ianya terlalu komersil dan aku percaya apabila mak dan abah terutama warga mas menonton filem ini (oleh kerana tidak melepaskan peluang menonton sambungan drama bersiri) tidak begitu faham denga perjalanan ceritanya kerana rata-rata penonton drama ini adalah dari golongan mereka yang lebih ramai berbanding remaja kerana ini adalah filem untuk keluarga.

Cinematografinya seperti biasa tidak mengecewakan. Sangat terbaik dari segi lighting, camera movement dan sebagainya. Tetapi ada beberapa visual khas yang diselitkan di dalam filem ini. Ianya sedikit nampak tipu pada semua kesan effect ini terutama apabila kereta api meletup dan asap yang keluar di tempat kejadian.

Agak kecewa sedikit dengan filem ini kerana aku adalah antara peminat setia drama bersiri Nur Kasih. Mungkin kerana filem ini 1 setengah jam, perlu memasukkan semua cerita dalam jangka masa itu membuatkan cerita ini terlalu mudah dan ringan.

Tetapi antara 3 filem di atas ini, Nur Kasih adalah antara yang terbaik setakat ini.

Secara keseluruhannya dari 5 bintang, aku bagi 3/5 bintang.

Monday, May 9, 2011

Budak Praktikal



Hey guyz, saje nak mengisi ruang bsan tatkala malam melanda.. haha. btw, tadi aku mula berpraktikal atau latihan industri kreatif di RADIUS ONE (Production House). ok la, not that bad sebab semua orang baik-baik dan fun la !! heheh !!

1st day memang cuak lah kan sebab tak biase dengan kerja luar dari kampus. nak pulak bekerja dengan orang yang lebih berpengalaman dan profesional. rasa kecik sangat aku ni kalau nak diabndingkan dengan dieorang,, heheh..

Rasa excited, takut, nervous semua ada tadi bila mula-mula nak jejak kaki kat office tadi. ouh btw, Farhana Azwanee dan Khairul Anuar pon turut serta, (aku tak tau nak tag nama mcm mana kt blog ni) sorry guyz.. hahah kiteorang 3 orang je lah tadi buat praktikal situ..

So far semua ok, rasa best sangat kenal dengan nama-nama besar (Shahrulezad Mohameddin & Fazli Baharom) yang juga bekas student UiTM. banyak lagi yang perlu dipeljari untuk jangka masa 3 bulan ni. so harap-harap permulaan yang baik dan diakhiri dengan ilmu-ilmu yang dipraktikkan dengan baik.

.