Tuesday, April 19, 2011

Malam KaryaONE

Ehsan dari Liza Ramli, - http://www.era.fm/




Pada 14 April yang lalu, bertempat di Dewan Sri Budiman, UiTM Kampus Shah Alam, telah berlangsungnya sebuah lagi majlis yang mengangkat dan menjulang martabat seni perfileman dan juga persembahan teater tanah air. Bukan itu sahaja, sebuah Fakulti yang diberi nama Fakulti Teknologi Kreatif dan Artistik atau lebih dikenali sebagai T.E.K.A atau F.A.C.T ini sedia melahirkan bakat-bakat baru yang serba boleh dan nyata sudah disediakan dengan pakej lengkap seorang anak seni. Dengan membawa tema “One as Art, One as FACT”, Fakulti ini telah membuktikan bahawa pelajar keluaran UiTM nyata memberikan daya saing dan akan memberikan anjakan paradigma di dalam dunia seni tidak lama lagi. Program ini juga turut dibantu dan disokong oleh FINAS.

Minggu KaryaOne yang berlangsung sejak 11 April yang lalu, menandakan penamatnya dengan sebuah majlis apresiasi seni yang memberikan pengiktirafan selayaknya kepada pelajar-pelajar yang terpilih. Malam kemuncak bagi program ilmiah berteraskan seni ini turut sama dihadiri dan dimeriahkan lagi dengan kehadiran 28 orang artis terkemuka tanah air yang turut sama turun padang bagi memberikan sokongan kepada bakal penggiat seni tanah air..

Dekan Fakulti ini, Prof. Madya A. Razak Mohaideen selaku Penaung program ini sebenarnya menggalakkan agar aktiviti seni bersifat ilmiah ini akan diteruskan pada masa yang akan datang dan ini akan dijadikan sebagai satu manifestasi dan juga bukti kemampuan pelajar-pelajar Fakulti TEKA. Selain dari menjadikan Malam KAryaOne sebagai salah satu ruang apresiasi hasil kerja pelajar yang layak diberikan pengiktirafan. Turut hadir bersama adalah penaung kehormat program ini iaitu, Naib Canselor UiTM sendiri, Y. Bhg Dato’ Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar yang mengumumkan peruntukan yang secukupnya bagi membantu aktiviti seni Fakulti yang dahulunya lebih dikenali dengan nama Fakulti Seni Persembahan.



Majlis ini diadakan dengan tujuan untuk memberikan pendedahan dan juga serta ilmu pengetahuan mengenai pengalaman sebenar di dalam pengendalian dan juga pengurusan sesebuah organisasi di dalam industri. Maka, dengan penuh etika dan kualiti, program ini dikendalikan secara 100 % oleh pelajar-pelajar dengan khidmat bimbingan dan bantuan pensyarah-pensyarah yang terlibat.

Antara nama-nama penggiat seni yang terkemuka yang hadir sama-sama memberikan sokongan dan galakan pada malam kemuncak tersebut adalah, Dato’ M. Na sir, Dato’ Ramli MS, Erra Fazira, Norman KRU, Datuk Freddie Fernandez, Rosyam Nor, Seniwati Mariani, Seniwati Dato’ Rosnani Jamil, Norish Karman, Datin Marlia Musa, Khabir Bhatia, Nas Ahmad, Zizan Nin, Iqram Dinzly, Maimon Talib, Mak Jah, Azizah Mahzan, Delimawati, One Nation Emcees, pelakon-pelakon filem Ratu, dan ramai lagi. Kehadiran insan-insan seni ke majlis yang julung kalinya diadakan ini amat memberikan sokongan moral kepada anak-anak muda yang akan menceburkan diri ke dalam bidang seni kelak.








Dengan tema elegan dan ekspresi generasi muda, malam penganugerahan telah menyaksikan beberapa jiwa dengan ‘ekspresi seni dan kreatif’ ini diberikan pengiktirafan oleh pihak Fakulti. Selain itu juga, program yang dibuka kepada orang ramai ini juga sebena rnya bertujuan untuk berkongsi maklumat mengenai idea, aktiviti, promosi dan perkembangan seni kreatif dan artistik yang terkini. Pelbagai aktiviti ilmiah seperti bengkel, seminar, dialog dan persembahan telah disediakan oleh Fakulti Teknologi Kreatif dan Artistik bagi membuktikan dan memperlihatkan komitmen tegar Fakulti ini terhadap penyebaran maklumat mengenai dunia seni ke mata masyarakat umum tanpa mengundang tanggapan yang negatif.

Kejayaan anak-anak muda ini turut disokong dan dikagumi oleh orang kuat Karyawan sendiri, Datuk Freddie Fernandez di dalam temubualnya ada memberi tahu bahawa, masa depan industri akan lebih cerah jika adanya pelapis bakat besar. Satu petanda yang baik dan kita akan melihat lebih banyak penerbitan dan pementasan yang akan mewarnai industri kita tidak lama lagi. Saya ucapkan tahniah kepada pelajar-pelajar Fakulti ini.”

Dekan Fakulti ini, Prof. Madya A. Razak Mohaideen memberitahu bahawa “tujuan program ini adalah untuk membawa Fakulti ini selangkah ke hadapan dan juga untuk persediaan ke dunia nyata. Untuk memberikan ruang kepercayaan tentang kekuatan, bakat dan kemampuan pelajar-pelajar seni ini sebenarnya sukar untuk dilakukan. Tetapi sebaga i salah satu fakulti seni yang terbesar dan mempunyai jumlah pelajar paling ramai di Malaysia, kita mampu menjadikan pelajar-pelajar ini sebagai karyawan yang terunggul dan terulung yang akan mewarnai industri pada masa akan datang.”



Iqram Dinzly, merupakan antara bukti kelahiran bakat dari Fakulti ini turut berkesempatan menyampaikan nasihatnya kepada pelajar-pelajar yang akan menempuh dunia seni kelak. “Jangan jadi artis, jadilah anak seni! Kerana bila anda ingin jadi artis, anda akan mengejar populariti. Biar populariti yang mengejar anda untuk terus bertahan di dalam industri ini. Anda perlu cukup bersedia dan untuk menjadi anak seni yang berjaya, dalam hidup kita perlu sedar diri, sedar ruang dan sedar masa.”


Sebuah lagi majlis seni yang akan menaikkan martabat industri seni tanah air tidak kiralah bidang penerbitan, pementasan, dan sebagainya. Kekurangan yang ada mungkin terletak pada bahgaian pengurusan majlis yang kurang teratur dan juga masalah teknikal yang boleh diatasi pada masa hadapan. Satu inisiatif seni yang boleh diba nggakan dan harus disokong oleh karyawan di Malaysia. Tahniah!







10 comments:

mapieceofart said...

glory glory TEKA united...! woohoo! it's our glorious nite!

cikfikaflop said...

awesome writing about the awesome event organized by the awesome faculty and managed by the super awesome students! =)

sitinurulaieen said...

pergggghhhhhhhh!

jelessssss...hurm... smart ar kau pak..suke3!!

Rizuan Dan Apple said...

mapieceofart, ya, TEKA is awesome !!! lalalalla

Rizuan Dan Apple said...

kecik: kite batch pertama yg kendalikan karyaONe ni. rasa bangga sikit ek.. hhahah

Rizuan Dan Apple said...

siti, smart ke? hahaha
mane ade wehhh

x datang hari tu? aku da invite dah !!

sitinurulaieen said...

perggh.. maun plak den nak turun dari kodah nie ke shah alam.. haha.. ongkos tarak la bro..kau tak nak sponsor...kalau tak lama datang dah..

Rizuan Dan Apple said...

hahha
den nak sponsor?
aku skrg pon tgh kering derr..
adoii hahhahah

cm ne exam kau ok ke skrg?

^ Uncle Syaf ^ said...

perghhh...smart lah wan ur blog..nice, btw macam mane ko tukar fb punye tu jadik melintang?

Rizuan Dan Apple said...

syafiq: thank you.. biase2 je weh..
yang fb tu, kan ade die suh vertical ke atau horizental cam tu la.. kau pilih yang melebar pny ni..