Bila tiba-tiba kereta masuk bengkel dan mengalami kegelisahan yang KRONIK di rumah tidak berbuat apa-apa, mulalah datangnya serangan hendak mencuci mata. Al-kisah bermula apabila kereta sudah siap jam 12.30 tgh hari, tidak sempat untuk terkejar-kejar ke kantor, dan terus membuat keputusan untuk berjimba. Hahah bukan nak ponteng kerja, tetapi secara terpaksa. wink WINK !!
Mulanya ke seksyen 7 untuk mencuci kereta yang penuh dengan minyak, HITAM semua tingkap cermin aku. hahha. then tanpa disedari, telah TERdeal pulak dengan Khairul untuk mencuci mata melihat gadget-gadget baru di Law Yat. Kami pon membuat panggilan (call sudah, ayat macam gampang) Aswadiah untuk join sekali. kebetulan dia pun berada di luar, so kena lah ambik dia kat Curve. (Urghhh!!! hahah) then pergilah beramai-ramai memeriahkan law yat yang memang dah meriah dah dengan cina-cina yang jual mac book segala.
Lepas memeriahkan suasana hari raya kat situ, perut macam lapar lak kan, hujan bunga di Kuala Lumpur plak. so ke Pavi lah nak makan pizza. (Memang pizza ada kat pavi je Khairul & Aswad oi!!). tengah makan datang lah member Aswad ni, nak tengok wayang. So teringin jugak lah nak menonton jugak kan. Ape lagi, haaaaaa join sekali lah. RM8 je hari Rabu, menggelupur la nak tengok jugak kan. KUNGFU PANDA 2 !! wallaweeee !!!
Cerita dia FUN sangat-sangat. Well pada mulanya aku memang x berapa suke cerita anime-anime ni sangat lah kan, tapi I GOT NO CHOICE, tak de pilihan, so pergi tengok jugak lah kan. haha. Well selepas tengok, aku rasa sangat puas hati, sangat lawak. Pada 30 minit cerita bermula semua orang dipanggung pecah perut terlekek-lekek gelakkan si panda tu. (Tapi aku hairan lah kenapa si Aswad diam je dalam panggung. COVER gelak dari siapa tak tahu lah !!) hahah
Dengan kaki pendek Panda tu buat semua orang tak kering gusi lah menonton. hahah Walau pon lambat tengok cerita ni, tapi tak kesah, sekurang-kurangnya tengok lah jugak kan. Hahhaaa
Fun wit Khairul, Aswad dan ehem2 Aswad = Reza !!